Al ‘Ula kota yang dilaknat, dijadikan sebagai destinasi pelancongan oleh Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi dikatakan akan menjadikan Al-‘Ula sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia dan bermacam-macam tarikan yang disediakan demi untuk menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung.
Tapak warisan tamadun purba yang telah diiktiraf oleh UNESCO itu dikenali sebagai Maidan e Saleh iaitu rumah kepada kaum Tsamud (bangsa Tsamud), kaum Nabi Saleh AS. Dikatakan, kaum Tsamud merupakan kaum yang sombong dan zalim serta suka menyeksa dan membunuh orang miskin.
Biarpun telah diuarkan sebagai destinasi pelancongan, namun menurut satu ciapan, kawasan tersebut merupakan larangan Nabi Muhammad S.A.W.
“Nabi larang masuk tempat pernah dilaknat kerana laknat tersebut boleh terkena kepada kita. Kalau terpaksa lalu, kena menangis dan gerun dengan azab menimpa umat terdahulu sambil menutup kepala. Hukum ini berlaku pada semua tempat yang pernah dilaknat Allah. [Fath al-Bari 6/380],” tulisnya.
Ujarnya, Majlis Fatwa di Arab Saudi sendiri telah memutuskan haram hukumnya berkunjung tempat yang dilaknat itu
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi atau mana-mana kerajaan Islam sekalipun jika bertentangan dengan syarak maka tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan. Bahkan majlis Fatwa Lajnah Daimah Saudi pun fatwakan haram pergi ke tempat dilaknat itu.
“By default, kau tak boleh masuk tempat dilaknat kalau takda keperluan. Kalau perlu, kena masuk dalam keadaan insaf dan gerun, menangis takut laknat tu menimpa kau. Bila kau masuk dan amaze dengan tempat tu, kehebatan umat tu, bergelak ketawa healing kat situ, kau memang cabar Tuhan.
“Bumi ni luas. Allah suruh kita travel ke seluruh pelusuk dunia ni untuk tengok tanda-tanda kebesaran dan bukti kewujudanNya melalui alam ciptaanNya. Cuma jangan sesuka hati masuk tempat dilaknat je sebab tak nak kita kena “tempias”. Banyak lagi pelusuk bumi ni kau boleh pergi,” katanya.
Beliau juga mengecam tindakan yang dibuat oleh mana-mana agensi yang membawa ziarah ke tempat tersebut.
“Sesiapa yang buat pakej umrah, ziarah bawak orang awam tempat macam ni patutnya kena telus dan cerita semua larangan dan laknat yang Nabi cakap ni. Besar tanggungawab kau sebab kau bawak orang masuk tempat yang Nabi sendiri larang pergi kalau takde keperluan. Cari penyakit,” katanya.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan tempat yang dilaknat itu hanyalah sebahagian kecil.
“Ada Tiktoker akak Masnira tu kata, Al Ula ni luas, yang dilaknat tu satu kawasan kecil saja. Umpama dalam sebuah negeri, hanya satu daerah yang dilaknat, daerah lain lebih banyak yang boleh pergi. Tapi tak pasti yang dalam video tu forbidden area atau tak,” tulis rebellious.
Sumber: theislamicinformation, addien90
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment