'Apa yang perlu dibanggakan sangat dengan anugerah Oscar?' - PU Syed persoal keterujaan orang ramai yang berbangga dengan kemenangan Michelle Yeoh
Kemenangannya itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan berbangga dengan kejayaan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.
Namun begitu, penceramah bebas, PU Syed menyelar individu yang berbangga dengan anugerah itu.
“Apa dibangga dgn anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia?apa yang perlu dibanggakan sangat tu?
Ujarnya, berbangga dengan bukan urusan agama tidak mendatangkan manfaat.
“Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanafaat kepada urusan agama. Biar lah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu, tidak kepada yang beriman!
Rata- rata netizen bersetuju dengan hantaran dari PU Syed ini apatah lagi apabila filem tersebut didakwa mengandungi unsur yang tidak sepatutnya. Ada juga netizen yang tidak menyokong kenyataan ini dan menyatakan sokongan ini hanya lah kerana watak yang dibawakan oleh Michelle.
“We celebrated her winning oscar bukan sokong atau support LGBT ke, tapi sebab watak dia. Takde kita nak berarak dari KLCC ke Pavillion bawak banner muka Michelle. Just said congrates for her best talent,” kata Nelly Syed Abu Backer.
Sumber: PU Syed Official
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment