'Shuhada tak sepatutnya tamak, dia patut lebih bijak daripada itu' - Netizen bimbang bekas Nurul Shuhada ditunggang founder produk untuk lariskan jualan
Selepas melalui fasa sedih dalam kehidupan, bekas isteri kepada seorang pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada mengembangkan bakatnya dalam bidang perniagaan. Selain itu, Shuhada turut menjadi duta serta model untuk beberapa jenis tudung.
Baru-baru ini pula, Shuhada ditegur netizen gara-gara menjual biskut dengan harga tidak masuk akal. Netizen juga meluahkan kebimbangan jika ada pihak mengambil kesempatan di atas kesedihan dan kesempitan yang dihadapinya.
Selebriti, Azwan Ali juga antara individu yang mengecam harga jualan biskut itu. Dalam ciapan di Twitter, dia menyatakan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza sendiri tidak akan menjual dengan harga tersebut.
“Siti Nurhaliza pun belum tentu tergamak jual semahal kau. Muhasabah if ko rasa ko ex bini retis top! Sorry Diva AA tak akan beli walaupun Diva AA kaya raya,” tulisnya.
SITI NURHALIZA PUN LOM TENTU TER GAMAK JUAL SEMAHAL KO ? MUHASABBAH WOIII IF KO RASA KO EX BINI RETIS TOP ! SORRY DIVA AA TAK AKAN BELI WALAUPON DIVA AA KAYA RAYA ! GTHHH PUIII 🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕 pic.twitter.com/AEez7Xey9m
— Diva AA (@DivaAATersohor) March 18, 2023
Apabila dibangkitkan oleh netizen isu harga, ada yang menyatakan Shu mempunyai sasaran pembeli. Situasi ini menyebabkan netizen kecewa dan hampa.
Seorang wanita melalui ciapan di Twitter juga mengecam tindakan Shu dan menyatakan lebih baik membeli produk makanan jenama popular yang lain.
“Stop using "you are not their target market" justification for unreasonable price positioning. Someone needs to do market research on Shu's audience. RM179? Might as well buy Godiva or DipnDip set,” tulisnya.
Stop using "you are not their target market" justification for unreasonable price positioning. Someone needs to do market research on Shu's audience.
— Princess Jiee ◡̈ (@najihahshahrel) March 19, 2023
RM179? Might as well buy Godiva or DipnDip set. https://t.co/h8dc9ewyoj
Dia juga menyatakan dia menyokong ibu tunggal di luar sana yang mencari rezeki tetapi dalam pada masa yang sama, kecewa dengan isu sebegini.
“I am all in to support women especially single mums tapi... its just cookies? I hope its not mass produced cookies rasa kilang buat
“Typical business. Guna viral figure untuk jadi face of the temporary business. Kalau ok, sustain. If not, one off je,” katanya.
Apabila menyentuh sasaran pembeli, ada ciapan yang membandingkan pengasas Bulan Bintang dan produk Shelup itu.
“Founder Bulan Bintang yang belanja RM2 juta buat event ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di Menara KL pun tak pernah sesekali kata baju Melayu dia untuk B40, M40 apatah lagi T20.
“Tahulah kamu die-hard fans Shuhada tapi tolonglah jangan jadi bodoh kata biskut RM179 dia tu untuk T20,” tulis Helena.
Founder Bulan Bintang yang belanja RM2 juta buat event ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di Menara KL pun tak pernah sesekali kata baju Melayu dia untuk B40, M40 apatah lagi T20.
— HELENA (@LVGIF) March 19, 2023
Tahulah kamu die-hard fans Shuhada tapi tolonglah jangan jadi bodoh kata biskut RM179 dia tu untuk T20. pic.twitter.com/QrHOdlWtcg
Dalam pada masa yang sama, wanita ini turut membandingkan Shuhada dan juga Hidayah, isteri kepada Allahyarham Abam. Menurut netizen, nasib Hidayah dan Shuhada hampir sama, masing-masing membesarkan anak dengan kudrat sendiri tetapi Hidayah lebih kepada individu yang sesuai dikatakan seperti ‘diam-diam ubi tapi berisi.’
“Shuhada shouldn’t be tamak haloba. Shuhada should be smarter than that. Shuhada should be careful of vultures around her.
“Perjalanan hidup Shuhada Hafidz sama dengan Hidayah Abam - ditinggalkan dengan anak yang perlu dibesarkan. Tapi Hidayah sangat diam-diam ubi.
“Tak pernahlah kita nampak Hidayah menempel pergi majlis-majlis selebriti. Kalau nama dia jadi trending pun sebab keluar cerita tak baik dari mulut Ali Puteh. Selain daripada itu, tak banyak diketahui tentang hidup dia bersama anak. Tahu-tahu dah mampu beli Vellfire,” tulisnya.
Katanya lagi, sekarang adalah waktu yang Shuhada perlu dekatkan dengan orang-orang yang tersayang, dan bukannya pengasas yang mengambil kesempatan atas kisahnya.
“At her most vulnerable moments now, Shuhada should surround herself with family members or friends who love her unconditionally. Bukannya founder produk yang menunggang kisah perceraian dia untuk dijadikan pelaris jualan.
“Itu yang sampai jual biskut RM179. That’s not the way,” katanya.
Sumber: Diva AA, Helena, Najihah Shahrel
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment