Hafidz Roshdi tuntut Nurul Shuhada mohon maaf dalam tempoh 48 jam - 'Saya berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan'



Pelakon Hafidz Roshdi sebentar tadi telah memuat naik kenyataan yang meminta bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah memfitnah dan mengaibkannya di media sosial. 


"Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar. Maka saya terpaksa menulis di sini kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan. 



"Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. 


"Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Agak malang, ianya menjadi di luar kawalan. 


"Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita di dalam media sosial. kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah. 


"Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri. 


"Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya. Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh kelaurga saya bersifat toksik. Ianya jelas dan nyata, satu fitnah," katanya. 


Jelas Hafidz, disebabkan status tersebut, pihak ketiga telah menggunakan gambarnya bersama keluarga yang merujuk kepada status itu yang dikatakan telah menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman mereka sekeluarga.


Dalam pada itu juga, Hafidz berharap semua pihak termasuk netizen tidak memberi sebarang komen keterlaluan kerana mereka tidak mengetahui kebenaran di sebalik isu yang timbul itu, apatah lagi ia membabitkan hal rumah tangganya dengan Nurul Shuhada. 


Hafidz menuntut Nurul Shuhada membuat permohonan maaf kepada diri dan keluarganya dalam tempoh 48 jam, termasuk pihak yang telah menggunakan gambar keluarganya dalam terbitan laporan berkaitan fitnah ke atas keluarganya itu. 


"...saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumah tangga saya ini. 


"Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. 


"Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya. Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya," katanya. 



Di penghujung kenyataan itu, Hafidz menegaskan bahawa dia masih lagi bapa kepada Humairah dan Umar. Hafidz juga tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya itu. 


Pelakon berusia 29 tahun itu memohon orang ramai menghormati urusan dan kepeutusannya untuk keselamatan keluarganya. 


Sumber: Instagram Hafidz Roshdi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.