'Saya redha, harap ini kejadian yang terakhir' - Suami redha isterinya hamil 9 bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kedua
Hasrat seorang ibu hamil sembilan bulan untuk melihat bayi sulungnya tidak kesampaian apabila pihak Hospital Ciereng Subang (Indonsia) menolak kemasukannya.
Menurut suami wanita itu, Juju Junaedi berkata, pada awalnya isteri hanya mengalami demam dan kejang-kejang, lalu dibawa ke klinik sebelum dirujukkan ke hospital.
Namun ketika hendak dibawa masuk ke Dewan Bersalin, kemasukkan wanita itu ditolah dan lelaki itu terpaksa membawa isterinya ke hospital lain di Bandung.
Malangnya nasib tidask menyebelahi mereka, si isteri meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Bayi dalam kandungannya juga disahkan tidak lagi bernyawa.
Dalam keadaan sedih, Juju terpaksa redha dan berharap kejadian itu dapat membuka mata pihak berwajib supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.
Sementara itu Gabenor Jawa Barat, M. Ridwan Kamil meminta Ketua Daerah Subang, Rahimat, untuk membuat teguran dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) di hospital tersebut.
Ruhimat dalam pada itu menegaskan, penolakan pesakit termausk ibu hamil tidak akan berlaku lagi dan dia meminta perkhidmatan di hospital berkenaan memberikan layanan yang baik kepada pesakit.
Jurucakap hospital menjelaskan, semasa kejadian tujuh bilik di ICU hospital itu sudah penuh dengan pesakit. Mereka terpaksa membuka satu katil khas untuk kegunaan ibu hamil dan tidak boleh digunakan oleh pesakit biasa.
Sumber: Agensi
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment