'Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam' - Nurul Shuhada jelaskan Shelup Shelup mahal sebab guna bahan premium



Menyedari ramai yang merungut mengenai harga produk Shelup-Shelup yang dikatakan mahal (RM179), Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, tampil meminta netizen tidak 'melompat' dan memandai-mandai memberikan komen. 


Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu berkata, bahan-bahan untuk membuat produk itu bukanlah menggunakan bahan cap ayam seperti yang didakwa sesetengah pihak. 


"Untuk yang first (time) tengok Shelup Shelup, jangan cepat melompat. Dalam satu box ada enam jenis cookies, bukan enam ketul ye. Memandai je yang comment tu. 


"Dipping sauce kita bukan dipping sauce cap ayam, bukan dipping sauce murahan seperti yang dicanang oleh makcik bawang tu. 





"Crumbs pula bukan crumb biasa ya. Biscoff and Oreo. Nak cicah dua crumbs sekali pun boleh. Harga biscoff and orea tak murah ya. Kita kata premium, kita bagi premium," katanya.


Dalam pada itu, Shuhada turut memaklumkan dia akan mengeluarkan 'single flavour pack' selepas raya tanpa mendedahkan harganya kepada umum.


"Harga (pack raya) memang bukan untuk makan seorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga. Jadi, ini pack Raya yang berbaloi untuk satu family kongsi. Kongsi-kongsi beli sebelum Shu keluarkan single flavour pack selepas raya ini," katanya. 


Sumber: Instagram Nurul Shuhada



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.