'Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Which idiot took that course anyway?'


Let me tell you all a story.

Saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak ceritakan kelebih ambil course ini mungkin masih tak layak lagi sebab saya baru semester enam daripada lapan semester, baki dua semester lagi. Tetapi saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri bila mengambil course ini. 

Masa mula-mula ambil course ini dulu memang rasa seperti tak ada halatuju. Rasa macam, 'Eh? Kenapa aku ambil yang ini? Macamlah tak ada course lain.'. Masa itu rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang besar-besar seperti akaun (saya course akaun semasa tingkatan empat dan lima), ekonomi, medic, engineering semua. 

Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang di sekeliling pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambil course ini. Mereka pun selalulah bertanya sambil buat muka sinis. 

"Kenapa ambil course itu? Minat budak-budak ke? Nak jadi Cikgu Tadika ke?" 


Di sini saya nak beritahu anda semua, memang dulu saya menyesal tetapi sekarang saya bangga ambil course ini sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat, semakin saya kagum dengan para guru dan ibu bapa. Childhood education juga telah mengubah hidup saya daripada tak suka budak (sebab saya tak ada adik), tak boleh tolerate dengan budak, sampai saya rasa sayang sangat dengan budak dan boleh cakap dan handle perangai budak dengan sabar. 

Dan untuk pengetahuan semua juga, skop untuk childhood education juga bukan hanya setakat menjadi cikgu tadika. Untuk pengetahuan, kami di sini belajar tentang semua perkara. Daripada bayi di dalam rahim hingga ke alam remaja. Daripada ilmu parenting sampai ke medic diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya. 


Tidak lupa juga, kami juga belajar tentang perniagaan. Kami ada peluang kerja yang luas, bukan saja cikgu tadik tetapi penasihat kekeluargaan, pakar kaunseling, trainer fisioterapi, majikan di tadika sendiri dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak, penyakit kanak-kanak dan psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi. 

Jadi usahlah memandang rendah pada kerjaya cikgu tadika. Janganlah berbangga kalau awak ambil course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika. Dialah yang mula mengajar ABC, 123 pada kita sehingga kita boleh berjaya sampai sekarang. 

Lelaki juga janganlah nak memperlekehkan kawan-kawan lelaki anda yang mengambil childhood education sebab secara jujurnya saya cakap, saya tabik pada lelaki yang mengambil childhood education sebab lelaki yang ambil course ini ada potensi jadi bapa yang baik untuk anak-anak mereka kelak. 


Bukan saya nak mempromosikan course ini tetapi berdasarkan pengalaman yang saya sendiri lihat daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri. Bukanlah nak cakap lelaki yang tak ambil childhood education ini tak bagus. Ada yang bagus tetapi sebab saya tengok sekarang ini ramai sangat yang suka memperlekehkan golongan seperti kami sedangkan kita tidak tahu yang mungkin orang mengambil childhood education ini lebih bagus daripada anda walaupun kerja mereka biasa-biasa, gaji mereka tidak berkepuk seperti anda.

Jadi usah terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada pada bila-bila masa. 

Sekian tazkirah dari saya. Semoga orang yang suka memperlekekan orang lain itu diberikan hidayah. 
Untuk pengetahuan semua, Malaysia kini telah meletakkan syarat bahawa pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu dan ayah hadir ke kelas parenting kerana sudah banyak kes dera budak pada zaman ini. Jadi di sinilah anda akan nampak, betapa pentingkan course childhood education zaman sekarang. 

Sumber: Suuzy Yanna


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.