'Tak perlu heret perkara ini lebih jauh, kerana ia akan menyusahkan diri penyewa' - Peguam


Terdahulu, PPIM mengeluarkan infografik yang menyatakan bahawa pemilik rumah sewa tidak boleh menghalau penyewa keluar dari rumah sewa tanpa perintah mahkamah dan tindakan itu merupakan satu kesalahan. Bagaimanapun, seorang peguam bernama Khairul Anuar Mohamadiah pula berkata, tindakan segelintir netizen yang menyangka Akta itu 'memberi kemenangan' kepada penyewa adalah tidak tepat kerana mahkamah tidak semudah itu memberi 'kemenangan' kepada penyewa yang degil.

Umum faham, infografik PPIM itu dibuat bagi menjelaskan apa yang termaktub dalam undang-undang. Akan tetapi, peguam ini memberikan penjelasan yang lebih terperinci agar semua orang faham dan juga memberikan sebab tiada gunanya penyewa mengheret perkara ini ke mahkamah kerana ia akan memakan diri di kemudian hari.

A bagi sewa rumah dia pada B. B tidak mahu bayar sewa, lalu A meminta B mengosongkan rumah. Tetapi B adalah seorang yang bijak undang-undang dan tidak mahu keluar. Tindakan B itu membuatkan A terpaksa pergi mengunci rumah sewa tersebut. 

Selepas mendapat nasihat dari PPQRS, yang menunjukkan Akta Relief Spesifik 1950, Seksyen 7, B pun pergi saman A atas dakwaan menceroboh 'rumah' dia. 

A pun dah mula pening. Sudahlah dia menanggung rugi yang banyak kerana B tak bayar sewa. Rugi juga rumah itu tidak boleh disewakan kepada orang lain. Bertambah rugi pula bila dia akan disaman di mahkamah atas dakwaan menceroboh rumah sendiri.



Kalau tanya saya, senang saja. Pertama sekali, maaflah kalau berbeza pandangan dengan peguam yang lain. Spesifik relief ini jatuh bawah specific performance yang merupakan salah satu remedy bawah equity. Dan antara maxim utama equity adalah:

"Who comes to equity must come with clean hands"
(Kalau rasa nak minta undang-undang equity melindungi anda, anda perlu pastikan diri anda tidak berbuat apa-apa kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang)


Di dalam kes ini, sudah terang dan jelas penyewa telah melanggar Akta Kontrak. Jadi saya merasakan:
  1. S7 Akta tersebut diperuntukkan kepada kes-kes di mana Tuan Tanah dengan sengaja menamatkan kontrak sewaan terhadap penyewa yang menyebabkan hak-hak penyewa telah dinafikan. Bukan dalam kes saja-saja tak mahu membayar sewa.
  2. Contoh kes B seperti di atas, nak guna seksyen tersebut sebagai pelindung. Good luck bro!
  3. Dan untuk kes berkaitan specific relief, burden of proof adalah terletak di bahu penyewa untuk membuktikan bahawa beliau berhak untuk memohon mahkamah menghalang Tuan Tanah mengeluarkan beliau dari rumah tersebut.
  4. Kau rasa mahkamah nak biarkan saja penyewa macam ini duduk di rumah itu selama-lamanya? Habis hak Tuan Tanah itu pula siapa nak bela? Hutang bank, siapa nak bayar?
  5. Dan bila penyewa degil ini nak menuntut untuk 'trespass' (pencerobohan), dia kena bentangkan jumlah kerugian yang telah dialami disebabkan Tuan Tanah menceroboh rumah sewa dia. Jadi dalam kes seperti ini, apa kerugian yagn dia alami? Dia rugi sebab perlu mencari rumah sewa yang lain? Dia rugi sebab pintu rumah kena pecah? Itu pintu rumah dia ke?
  6. Dan perkara yang paling basic sebelum penyewa degil yang bijak pandai ini nak bawa kes ini ke mahkamah, kalau dia ada duit nak bayar PPQRS 10%, kalau dia ada duit ribu riban untuk lantik peguam mahal-mahal, bayar sajalah tunggakan sewa itu ataupun duit itu buat deposit rumah baru. Dan keluarkan dengan terhormat seperti manah ormatnya anda masuk ke rumah sewa itu. Seperti anda, mereka juga ada anak isteri dan ibu bapa untuk dijaga dan diberi makan. 
Tuan Tanah sebenarnya sudah cukup sengsara dengan apa yang anda buat. Jadi usahlah menambah kesengsaraan dia dengan mengheret perkara ini lebih jauh yang mana akhirnya kelak akan menyusahkan anda sendiri juga. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.