'Ejen kena jelaskan secara detail tentang polisi insurans yang diambil, jangan sampai jadi begini' - Shikin Jais


Hi to all insurance agents out there. Tak kiralah dari mana-mana syarikat insurans pun. Hari ini nak beritahu sikit. As I am working at hospital billing department, especially for private specialist hospital. 

Dear agent, masa you promote your medical card to your client, please please and please inform awal-awal kepada mereka apa polisi yang you cover seperti jenis penyakit yang macam mana, jenis ubat yang macam mana dan jelaskan secara terperinci. 

Kenapa? Sebab apa? Sebab bila your client tak tahu apa polisi mereka ambil itu cover apa, if cover semua jenis penyakit and all types of medication, it's okaylah. Tetapi kalau mereka tak tahu dan tiba-tiba ada ubat atau penyakit di mana insurans yang mereka ambil itu tak cover? End up mereka perlu bayar.

Tak pasal-pasal kami pula yang dituduh mengenakan bayaran mahal disebabkan mereka terpaksa bayar sejumlah wang bagi ubat atau penyakit yang insurans mereka tak cover. 


Dan saya sering diajukan dengan soalan, "Eh kenapa pula tak cover? Kalau tak cover kenapa ejen saya tak beritahu saya pun?". 

See? Nampak tak? Ejen tak beritahu. Penting ya wahai ejen-ejen sekalian untuk memaklumkan apa yang polis anda tawarkan. Tak guna mereka ambil medical card itu kalau tak berfungsi dan yang lebih kasihan, insurans mereka declined. 

Seperti kes yang berlaku pada petang tadi. Patient India, suami isteri, mereka terlibat dalam kemalangan dan tiba masa finalize bill mereka, insurans declined. Datang nak bayar dengan saya, mereka hanya mampu bayar RM400. So apa tindakan hospital kepada mereka? 

Patient terpaksalah menandatangani surat jaminan untuk melunaskan bayaran sendiri secara tunai sebelum tarikh yang ditetapkan.  Kalau tidak, terpaksalah berdepan dengan tindakan undang-undang.


Medical card memang penting, tetapi adalah penting juga pengetahuan client untuk mengambil tahu apa polisi insurans itu cover dan adalah penting juga untuk ejen maklumkan secara terperinci mengenai polisi yang mereka tawarkan. 

Jangan hanya kejar komisen, keuntungan semata-mata. Tetapi ingat, polisi yang anda tawarkan adalah jaminan untuk client anda dan juga memudahkan urusan pihak hospital juga. Semoga kita semua dipermudahkan. InshaAllah. 

Sumber: Shikin Jais


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.