Tolak dan 'blah' macam itu je...


HONG KONG, CHINA - Seorang lelaki warga emas berusia 56 tahun ditahan selepas didapati sengaja menolak seorang pekerja pembersihan sehingga terjatuh di atas landasan tren, lapor Daily Mail. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Yuen Long menunjukkan, mangsa berusia 59 tahun sedang bercakap dengan rakannya di seberang platform. 

Dalam video yang telah viral meluas di media sosial itu, lelaki terbabit dengan selamba berjalan di belakang wanita berkenaan dan secara tiba-tiba menolak mangsa. 

Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh dengan mukanya terhempap di landasan berkenaan, namun sempat melihat lelaki terbabit yang berlalu pergi dari tempat kejadian tanpa menoleh ke arahnya lagi. 


Bagaimanapun, mujur tiada tren yang lalu di landasan pada waktu itu dan mangsa berjaya diselamatkan serta dibawa ke hospital dan disahkan cedera di bahagian rahang mulut. 

Seorang lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di kawasan berhampiran stesen itu tidak lama kemudian kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes itu.






Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.