'Bapanya meninggal dunia selepas menghantarnya ke sekolah' - Innalillahiwainnailaihirajiun


Innalillahiwainnailaihirajiun. Seorang lelaki berusia 37 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu selepas menghantar anaknya ke sekolah. Lebih menyedihkan, isterinya baru berpantang hari kelima selepas menghantar anak kedua mereka, terpaksa redha dengan ketentuanNya ini. 

Dari Facebook Jamilah Hawa:

SEORANG pelajar darjah dua SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi, kehilangan bapanya awal pagi tadi. Bapanya meninggal dunia selepas serangan jantung ketika memandu, selepas menghantar anaknya ini ke sekolah. Bapanya berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. 

Sebenarnya saya tidak begitu mengenali keluarga arwah. Tetapi tergerak hati saya untuk berkongsi info ini agar lebih ramai yang dapat membantu keluarga arwah. Info saya perolehi dari kawan suami. Anak arwah adalah anak muridnya sendiri. 

Apa yang membuatkan saya terasa sebak ialah, ibu pelajar ini baru lima hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di Kelantan. Isteri beliau seorang Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan dan bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Anak ini sangat tabah, mengalir air mata saya dan sayu melihat apabila jenazah bapanya yang dia kasihi. Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini. 

Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang, boleh dapatkan maklumat pelajar berkenaan di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi. Semoga sumbangan tuan dan puan boleh meringankan bebanan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarganya. 





Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang. Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin. 

Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh salurkan ke akaun bank isteri arwah iaitu:

MAS SUNI MAT HUSIN
AKAUN CIMB:7617029176

Alhamdulillah ramai yang share dan menghubungi saya untuk membantu keluarga ini. Terima kasih kepada semua. Semoga Allah yang membalas semua kebaikan tuan dan puan. 

Sumber: Jamilah Hawa


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.