Download aplikasi Semakan BR1M untuk ketahui status permohonan


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

“Ini memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

“Mohon orang ramai untuk memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun tersebut merupakan aplikasi tulen yang dibangunkan oleh LHDNM,” katanya.

LHDN berkata pemohon hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan App Store dengan kata carian “Semakan BR1M” dan mengikut arahan mudah yang akan diberikan. - Bernama


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.