(Video) Padah berlagak samseng, kaki hancur digilis lori


Viral di media sosial, seorang lelaki hancur kaki kanannya digilis lori minyak ketika mangsa cuba menaiki kenderaan yang sedang bergerak itu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam di Buluh Kasap, Segamat, Johor, mangsa bersama rakannya menunggang motosikal tanpa memakai helmet di sebatang jalan  dua lorong secara perlahan. 

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, kedua-duanya dipercayai cuba menghalang laluan lori tersebut. 

Menurut sumber, mangsa dan rakannya berang pemandu lori itu membunyikan hon terhadap mereka lalu bertindak memperlahankan motosikal dan berdepan memarahi pemandu berkenaan. 

Namun secara tiba-tiba mangsa turun dari motosikal dan terus cuba menaiki lori berkenaan di sebelah bahagian pemandu. Malangnya mangsa terjatuh dan kakinya digilis tayar kenderaan itu sehingga hancur. 

Difahamkan mangsa masih hidup dan kini dirawat di hospital entah di mana. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.