'Patut ke saya pujuk dia?' - Suami terajang punggung isteri kerana halang pandangannya main game PS4


Malang nasib si isteri, diterajang suaminya tepat di punggung hanya kerana dikatakan mengganggu pandangan lelaki itu yang sedang khusyuk bermain permainan di PlayStation 4 (PS4). 

Akibat kejadian itu, si isteri telah lari dan sudah seminggu tidak pulang ke rumah membuatkan suaminya risau dan meminta pandangan netizen, apa yang patut dia lakukan. 

SALAM min, mohon hide Facebook saya ye. Saya baru berkahwin dan saya jenis seorang yang memang gila dengan games. Segala koleksi PlayStation saya ada dan isteri saya pun tahu bahawa ini adalah hobi saya dari sebelum kami bercinta sampailah kami sudah berkahwin. 

Nak dijadikan cerita, satu hari itu saya tengah leka bermain game bole di PS4. Isteri saya dengan selamba menghalang pandangan saya pada televisyen sambil tertonggeng-tonggeng dengan legging ketat dia bercorak leopard. 

Saya tidak tahu apa motif dia konon mencari barang apa entah tetapi seolah-olah dia cuba menggoda saya. 

Saya hilang kesabaran lalu saya bangun dan terus saya terajang punggung dia menyebabkan kepalanya terhantuk pada TV LED yang saya baru beli dan TV itu terus rosak. 


Isteri terkejut dengan tindakan saya itu terus melarikan diri masuk ek dalam bilik. Dan saya pula pada ketika itu berasa sedih dengan TV yang baru saya beli semata-mata untuk bermain games hancur begitu sahaja. 

Sekarang isteri saya dah seminggu tidak pulang ke rumah dan saya mengesyaki dia mungkin pulang ke rumah ibunya. 

Apa yang patut saya buat? Patut tak saya pujuk dia semula? Dan kalau saya pujuk, apakah nanti dia belikan TV baru yang dia telah tanduk dan rosakkan itu? Bantulah saya, dia ada dalam page ini kalau tak silap. Sebab dia pernah bercerita tentang page Kisah Rumah Tangga pada saya sebelum ini. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.