'Dia paksa kami bayar walaupun kami tak buat' - Pelajar IPT dakwa dianiaya pemilik kereta sewa

Foto Hiasan
Kes ditipu oleh pemilik kereta sewa begitu asing didengar. Kebiasaanya pemandu kereta seperti ‘prebet sapu’ yang viral dijadikan isu oleh netizen terutamanya pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). 

Trending di Twitter seorang pelajar IPT di Puncak Alam memuat naik thread mengenai dirinya telah menjadi mangsa penipuan seorang pemilik kereta sewa yang dikenali sebagai Kak Kathy. Menurut Iqball Daud, wanita itu pada awalnya memberikan kata-kata manis kepada pelanggannya. Bagaimanapun setelah penyewa memulangkan kereta itu, pelbagai tuduhan yang dilemparkan kononnya penyewa merosakkan kenderaannya. Sedangkan tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku semasa penyewa menggunakan kenderaan berkenaan. 

Contohnya, wanita itu mendakwa bumper keretanya Perodua Axia pecah ketika disewa oleh pelajar. Malah ada beberapa pelajar yang lain turut mendakwa pernah dianiaya dengan cara yang sama.

Menurut Iqball, perkongsiannya itu bukan bertujuan menutup periuk nasi perniagaan wanita berkenaan tetapi memberi peringatan kepada para pelajar yang lain terutamanya di Puncak Alam agar lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa wanita berkenaan. Ini kerana, jika dibiarkan berterusan, ramai pelajar yang akan dianiaya dan terpaksa membayar ganti rugi ratusan ribu ringgit sedangkan mereka tidak bersalah. 

PELAJAR Puncak Alam mesti kenal dengan Kak Khaty, orang yang sewakan kereta dengan harga murah untuk kegunaan pelajar. Tetapi dia juga suka menipu dengan cara halus dan ramai pelajar sudah menjadi mangsanya. Di sini antara kes-kes yang melibatkannya. Kongsikan juga jika anda mempunyai pengalaman yang sama.


1. Dua semester lepas, kami sewa kereta Myvi berwarna kelabu dengan bumper yang memang dah pecah. Kami tak tahulah bumper itu baru ke lama jadi begitu. Jadi kami just bawa saja. Bila kami pulangkan kereta kepada akak itu, akak itu kata bumper itu kami pecahkan dan kami kena bayar.

Kami menolak untuk membayarnya kerana kami tidak melanggar apa-apa. Dan tak sangka dia nak menipu sebab dia baik sangat bila kita WhatsApp nak sewa kereta. Bila kami bertegas tak nak bayar, kemudian dia diam. Nampak sangat dia menipu dan tak ada point nak melawan.

2. Kawan saya sewa kereta dan sama kes calar yang sudah sedia ada wujud. Tetapi kakak itu tetap tegaskan yang calar itu disebabkan oleh kawan saya dan kawan saya ini tidak melawan. Dia pergi bayar saja bayaran yang kakak itu minta sebab tak nak fikir panjang.

3. Kawan saya memang betul kemalangan ketika menggunakan kereta sewa Perodua Axia milik kakak itu. Cermin sisi kereta pecah dan ada calar serta kemek sedikit di bahagian pintu penumpang. Dia tuntut ganti rugi RM1,000 dari setiap orang yang menyewa kereta itu dan jumlah yang kakak itu dapat adalah RM4,000. 

Kakak itu menangis dan kata dia tak ada duit bagai pada kawan saya dan meminta kawan saya bayar. Mereka bayar juga amaun yang dipinta sebab kes kemalangan. Tetapi bayaran yang dipinta tidak masuk akal. 


4. Kawan saya, dia nak pulangkan kereta sewa kakak ini. Kakak itu pesan minyak mesti dua bar atau dia akan caj. Itu normal tetapi meter minyak dia rosak. Budak itu isi RM20 tak naik satu bar pun. Tak logik untuk kereta Axia, sebab kebiasaannya isi RM10 dah dua bar.

Tambahan, budak itu hantar kereta dan ejen kakak itu lambat ambil kereta dan kakak itu pergi caj budak itu juga atas alasan kereta lambat sampai. Padahal budak itu menunggu ejen dia di dalam UiTM macam apa je. Akhirnya budak itu terpaksa bayar juga.

5. Beberapa hari kemudian, kami sewa kereta Alza untuk pergi ke Ipoh dan kereta itu ketika berada di tangan kami memang ada kesan kemek dan tercalar. Kami ingatkan kesan itu sudah lama dan kami buat tak tahu saja. Tak sangka Kak Kathy itu sekali lagi mengulangi perbuatannya. 

Dia menghubungi salah seorang dari kawan kami dan menuduh kami telah merosakkan kereta dia. Kami menolak untuk membayar ganti rugi yang dipinta dan dia nak kami berjumpa dengan ejen dia pada jam 7.30 malam di waktu Maghrib. Kami tegaskan juga nak berjumpa jam 8 malam, dia pula kata jam 7.45 malam. 

Okey, kami layankan saja jam 7.45 malam. Kami turun dan bincang. Ejen dia pun dah pening dan kata tak pasti kereta dia itu calar ke tak semasa diserahkan kepada kami. Kami tegaskan kereta itu sememangnya calar sebab kami sangat yakin dan pasti. 

Ejen dia pula kata kami yang calarkan sebab dia kata semalam kesan calar itu tiada. Kemudian kami tuntut penjelasan, dia pula tidak pasti. Selepas itu dia masih kata itu salah kami sebab kami tidak maklumkan kesan calar itu lebih awal. 

Eh? Itu kerja kami ke kerja ejen? Sudahlah masa pulangkan kereta, ejen pun tak periksa. Main ambil begitu saja. Masa kami nak pergi pun sama, tak periksa apa-apa.
Akhirnya mereka meletakkan kesalahan pada kami. Masa ambil kereta dia di parking di surau, kemudian saya bertanya pada dia, kalau benda itu terjadi semasa berada di surau, macam mana? Dia kata kami tetap kena bayar, ejen kena bayar, pelanggan sebelum kami pun kena bayar. Saya bisinglah dan kata itu tidak adil bagi kami. 

Ejen itu kata okey dan dia akan berbincang dengan Kak Kathy. Nanti mereka akan menghubungi kami semula. Keesokan harinya Kak Kathy call dan meroyan suruh kami bayar dan kongsi bayaran dengan ejennya. Kami menolak sebab itu salah ejen dia. 


Dia kemudian meninggikan suara dan kata kami tak boleh fikir ke kalau kami park kereta orang langgar. Saya tanya dia kembali dengan soalan yang sama, "Akak tak boleh fikir ke kalau di surau orang lain yang langgar?". Tetapi dia tetap menyalahkan kami dan mahu kami bayar. Dia kata kedua-dua pihak bersalah. 

Saya tanya lagi, apa salah kami? Dia diam seketika, kemudian tuduh kami melanggar benda padahal tak mungkin sebab calar itu kami sedar semasa kami menerima kereta itu. Bila dah habis meroyan, dia kata nak berjumpa dengan kami sekali lagi. Tetapi dia diam saja sebab mungkin tak ada alasan nak menipu lagi. 

Di sini saya kongsikan bukan nak mengaibkan dia tetapi perkara ini sudah melampau. Saya tidak mahu ada pelajar Puncak Alam yang ditipu lagi oleh Kak Kathy ini dan kalau saya buat laporan polis bantuan, habis semua kereta dia dalam kampus ini. Tetapi saya tak buat. Tolong berhati-hati semua. 

6. Kami pernah sewa kereta tiga hari awal, 30 minit sebelum masanya, Kak Kathy kata kereta tak ada sebab kemalangan. Jadi dia biarkan saja kami mencari-cari sementara dia tak buat apa-apa.

Sumber: Iqball Daud


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.