'Bapak dia kata jatuh bilik air jadi camni' - Ibu tiri ditahan kerana disyaki mendera bayi
Viral di media sosial beberapa gambar seorang bayi berusia dua tahun lebam teruk di kedua belah mata, benjol di dahi dan lebam di belakang kepala dan telinga dipercayai telah didera oleh ibu tirinya.
Menurut Aziza Ilyas yang memuat naik gambar-gambar mangsa di Facebooknya semalam berkata, bayi berkenaan adalah anak kepada rakannya, yang telah dihantar ke rumah bekas suami untuk dijaga beberapa hari.
Bagaimanapun, selepas ibunya datang untuk mengambil anaknya semula, alangkah terkejut apabila dia mendapati si kecil itu dalam keadaan cedera, lebam kedua-dua belah mata, benjol besar di dahi kanan dan lebam-lebam di belakang kepala dan telinga.
Apabila ditanya pada bekas suami apa sebenarnya yang berlaku pada anak mereka, lelaki itu berkata mangsa terjatuh dalam bilik air.
"Korang tengok gambar-gambar ini. Rasa betul ke jatuh di dalam bilik air? Bapa dia boleh kata anak kecil ini terjatuh di dalam bilik air dan bukan isteri dia (mak tiri mangsa) yang buat.
"Ini anak kepada kawan saya juga. Anak ini duduk selama beberapa hari di rumah bapa dia sampai jadi begini. Apabila mak dia tanya, katanya terjatuh. Apa ke bodoh sampai jadi begini? Memang bodoh tak pandai jaga anak ke apa?" katanya.
Difahamkan, kejadian yang menimpa mangsa berlaku ketika bapa kandungnya keluar bekerja dan mangsa tinggal bersama ibu tirinya di rumah.
Ibu mangsa kemudian membawa anaknya itu pergi ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, untuk mendapatkan rawatan dan doktor yang bertugas mengesyaki mangsa telah didera dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
Ibu mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan bertindak di atas laporan berkenaan, polis telah menahan ibu tiri mangsa untuk siasatan lanjut.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment