Penyewa dikurung kerana gagal bayar sewa RM1,100


Gara-gara tidak membayar sewa bulanan, penyewa rumah dikurung ejen hartanah dan pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak berkuasa, lapor Harian Metro

Bagaimanapun, dua lelaki berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan polis semalam dalam kejadian di Tropicana Metropark, Subang Jaya. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa yang menelefon memaklumkan pintu jeriji rumah sewa berkenaan telah dikunci pemilik rumah. 

Pintu berkenaan dikunci pada Sabtu lalu kerana penyewa gagal menjelaskan bayaran sewa bulanan sebanyak RM1,100 kepada pemilik rumah. 

"Seorang lelaki yang juga ejen hartanah bertindak mengunci pintu berkenaan menggunakan kunci mangga atas arahan pemilik rumah.

"Bagaimanapun kedua-dua suspek ditahan selepas diarah membuka kunci rumah berkenaan pada 11.30 pagi semalam," katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di rumah sewa itu bersama keluarganya tidak dapat keluar dari rumah tersebut selama 15 jam akibat dikunci. 

Ejen hartanah dan pemilik rumah berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.