Kenapa Pakar Bedah Pakai Baju Hijau Atau Biru ? Puncanya Amat MENGEJUTKAN
Kenapa Pakar Bedah Pakai Baju Hijau Atau Biru ? Puncanya Amat MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Selalu tengok dalam bilik bedah, doktor mesti pakai baju hijau. Tak pun warna biru. Pernah terfikir kenapa ? Jawapannya buat ramai tak sangka. KONGSIKAN.
KENAPA PAKAI BAJU HIJAU ATAU BIRU?
Tahukah anda kenapa pakar bedah memakai pakaian bewarna hijau atau biru sewaktu melakukan operasi pembedahan? Kenapa tidak mengenakan sut putih seperti kebanyakan para doktor memakainya?
Menurut satu artikel di dalam Today’s Surgical Nurse terbitan 1998, tujuan utama pemakaian bewarna biru atau hijau tersebut adalah untuk mengekalkan fokus penglihatan para pakar bedah ketika melakukan pembedahan.
Hal ini disebabkan oleh mata mereka banyak tertumpu pada warna merah iaitu darah.
Sewaktu pembedahan berjalan, doktor akan melihat banyak darah. Tumpuan mata terlalu lama pada warna merah darah akan menimbulkan rasa pening dan halusinasi kepada doktor.
IMPLIKASI WARNA MERAH
Melihat warna merah terlalu lama akan menyebabkan kekeliruan pada titik fokus mata dan menimbulkan halusinasi warna hijau ketika seseorang mengalihkan tumpuan ke permukaan bewarna putih.
Terlalu lama melihat warna merah juga menyebabkan kepekaan seseorang terhadap warna merah akan berkurangan. Akibatnya, seseorang menjadi kurang jelas untuk melihat objek-objek lain.
Keadaan ini tidak harus berlaku pada doktor bedah yang sedang memberi tumpuan dalam melakukan kerja mereka terhadap pesakit.
RODA WARNA
Maka, mereka mengenakan pakaian berwarna hijau. Warna hijau akan mengembalikan kesegaran mata dari dominasi warna merah darah yang mereka lihat sepanjang operasi.
Warna hijau dapat membantu meneutralkan warna merah kerana hijau merupakan warna yang berlawanan dengan warna merah dalam ‘roda warna’. KONGSIKAN.
Sumber: Livescience via Saya Luv Islam via Majalahsains
The post Kenapa Pakar Bedah Pakai Baju Hijau Atau Biru ? Puncanya Amat MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment