'Dulu aku boleh berjalan, sekarang tak boleh'
"Mula-mula sukar nak terima apa yang berlaku," demikian kata Nazira yang disahkan mengalami strok menyebabkannya hilang kemampuan sebelah badan kanan.
Tidak diketahui apa puncanya, tetapi pada hari kejadian dia tiba-tiba jatuh pengsan dan mengalami pendarahan di dalam kepala.
Sukar menerima apa yang berlaku, namun dia tetap tidak patah semangat untuk terus berjuang dengan dorongan semangat dari adik beradiknya. Semoga Nazira dipermudahkan segala urusan dan segera sembuh. Doakan dia gais!
AKU sakit strok sebelah kanan. Ramai yang datang melawat aku. Dari saudara sampailah kawan-kawan. Mula-mula aku tak tahu aku betul-betul sakit. Sehinggalah aku disedarkan oleh Nasrul Aqil dengan adik dia. Masa itu aku pakai tiub lagi.
Dulu aku lain, aku periang dan sekarang semuanya sudah lain. Dulu aku boleh berjalan, sekarang tak boleh. Sekaranglah aku kenal siapa dengan aku, siapa yang tidak.
Beberapa kali aku berulang alik ke hospital sebab nak pasang tiub. Last, aku tak pasang. Perit dia, Ya Allah. Selain itu, dua minggu sekali aku pergi fisio terapi.
Masa dah buka tiub, baru rasa betul aku kena strok sebelah kanan. Aku pada mulanya agak sukar nak menerima apa yang berlaku, tetapi lama-kelamaan aku terima.
Aku sekarang dah terlantar, terbaring. Maafkan aku kalau ada (buat) salah. Aku jahil, maafkan aku ya.
Sebelum itu, terima kasih sangat pada abang aku iaitu Nazih, sebab menjaga aku. Umi aku dah meninggal dunia setahun yang lalu. Bapak ada, tetapi duduk dengan isteri dia. Dah lama bapak kahwin. Aku duduk dengan arwah. Al-fatihah buat umi.
Sekarang, aku nak buktikan kat luar sana yang aku kuat dan aku ada adik beradik aku. Aku bersyukur kakak belikan kerusi roda baharu. Tak sabar rasanya.
Sumber: Nazira
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment