'Mama nak pergi mana?' - Soalan itu membuatkannya rasa serba salah selepas mengetahui kanak-kanak itu rindukan arwah ibunya
Peristiwa yang berlaku di restoran makanan segera itu benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Hazilah Husaimi sendiri tidak menyangka kanak-kanak yang gemar datang menghampirinya pada ketika itu rupa-rupanya merindui arwah ibunya.
Kisah yang dimuat naik oleh rakan Hazilah, Shamira Zamri di Twitter telah dikicau lebih dari 15,000 kali dan rata-rata netizen sebak membacanya. Semoga anda memiliki hati yang kuat untuk membaca kisah ini.
TERINGAT peristiwa di KFC tadi. Ada dua orang budak. Seorang berumur tiga tahun dan seorang lagi dalam lingkungan empat tahun lebih kurang.
Tiba-tiba budak itu tarik baju aku dan kata, "Mama, nak yang tu tau.". Aku sengih saja. Aku pandang bapak dia, bapak dia pun sengih takde cakap apa pun.
Aku dah duduk, diorang pun duduk di sebelah meja aku. Yang si adik itu asyik datang kat aku.
"Mama, nak sikit cheezy wedges."
"Mama, nak air sikit."
"Mama nak itu ini."
Aku malaslah nak berkira dengan budak-budak kan, aku hulurkan sajalah semua. Kemudian budak itu kadang-kadang datang dekat dengan aku, peluk lengan aku. Siap suruh temankan dia pergi basuh tangan. Siap nak suruh dukungkan lagi sebab tak sampai nak cuci tangan.
Aku dah nak gerak keluar KFC, budak-budak itu siap tanya.
"Mama nak pergi mana?"
Adoi, bapak dia ni bisu ke tak reti nak jelaskan pada anak dia bahawa aku ni bukan mak dia. Hahaha! Stresslah aku.
Aku dah tolak kerusi apa semua, surrender beb. Hahaha! Barulah terdengar si abang itu kata,
"Abah, akak tu macam muka arwah mama kan?"
Huhuhu! Weh! Serba salahnya mengumput dalam hati. Sedihnya. Hmm.
Sumber: @shamirazamri, @hazilahhusaimi
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment