1MDB. Ini Kenyataan KJ Buat Ramai Ahli UMNO Setuju
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya…
1MDB. Ini Kenyataan KJ Buat Ramai Ahli UMNO Setuju | Ketika ahli UMNO semua sedang sibuk melobi untuk pemilihan jawatan dalam parti, KJ buat kenyataan tentang 1MDB yang buat ramai ahli UMNO setuju. Ikuti selanjutnya.
UMNO KALAH PRU SEBAB 1MDB
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang skandal 1MDB.
Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut hingga mengakibatkan BN berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu.
“Kami terlepas satu peluang, kami semua untuk menyakinkan mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” katanya kepada South China Morning Post.
Menurutnya, parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015.
Pada 15 Mei lalu, Khairy dalam satu wawancara mengakui kesal kerana parti mengabaikan suara akar umbi yang mula dikesan menolak mereka selepas dua pemimpin kanan parti disingkirkan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Najib kini berhadapan siasatan dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.
Beliau bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan salah laku. (Sumber: Sinar Harian)
SITI HASMAH – RAKYAT MINTA SAYA JAGA PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk rakyat selepas memegang jawatan itu.
Namun bagi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, rakyat pula meletakkan tanggungjawab dan kepercayaan kepadanya supaya menjaga suaminya.
“Bagi saya, yang sangat rapat dengannya, tinggal pun serumah, saya bimbang mengenai kesihatannya.
“(Saya katakan kepadanya) “Saya jaga awak. Ini kewajipan saya sekarang. Awak ada tanggungjawab kepada rakyat dan saya mempunyai kewajipan untuk awak. ‘
“‘Orang ramai minta saya menjaga awak dan saya hanya memainkan peranan saya’,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini di Yayasan Kepemimpinan Perdana semalam.
Berpakaian baju kurung berwarna keemasan, Siti Hasmah yang berusia 92 tahun kelihatan ceria ketika diwawancara.
Ketika dimaklumkan bahawa netizen meminta agar suaminya berehat daripada jadualnya yang ketat, Siti Hasmah menyokong saranan itu.
Siti Hasmah – seorang doktor seperti Mahathir – berkata beliau telah cuba meyakinkan suaminya agar berhenti sejenak sejak sebelum memegang jawatan perdana menteri lagi, tetapi usaha itu gagal.
“Dia akan kata, ‘Saya baik, saya baik’. (Dia sedang) bersemangat, jadi saya perlu bersemangat bersamanya kerana saya mengikutinya ke mana sahaja dia pergi,” katanya.
Bagaimanapun, Siti Hasmah berkata beliau kadang-kala harus bertegas terhadap suaminya itu apabila membabitkan soal kesihatan.
“Kadang-kala saya berbuat begitu. Saya sangat mendesak. Saya katakan ‘Saya tak peduli’,” katanya.
CERAMAH SAMPAI LEWAT MALAM
Siti Hasmah berkata, jadual suaminya amat padat pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga harus menghadiri ceramah di seluruh negara hampir setiap hari sehingga lewat malam.
Disebabkan Mahathir menjadi ‘superstar’ dalam setiap ceramah yang dihadiri, pihak penganjur biasanya menetapkan suaminya itu berucap di pentas pada jam 10.45 malam ke atas.
Bagaimanapun, Siti Hasmah berkata beliau masih terkejut dengan reaksi orang ramai dalam setiap ceramah yang dihadiri sepanjang tempoh berkempen.
“Ia luar biasa, terutama apabila mengikuti kempen terakhir. Walaupun hujan dan tanah becak, orang ramai duduk di atas tanah dan tidak bergerak sama sekali. Mereka sedia mendengar,” katanya.
Saat yang tidak dapat dilupakan, kata Siti Hasmah adalah apabila orang ramai yang menghadiri ceramah ‘menyalakan’ telefon bimbit mereka apabila diminta berbuat demikian.
“Paling menarik bila mereka kata, sekarang nyalakan lampu’ dan kamu akan dapat lihat ribuan lampu.
“Walaupun saya tak dapat melihat ramainya orang di hadapan kami, saya dapat melihat mereka di dalam lampu, bersinar.
“Ia adalah sesuatu yang harus diingati. Mereka sokong apa yang mereka mahukan,” katanya.
Katanya, walaupun beliau dan suami telah melalui banyak kali piliha raya, namun detik seperti itu menyebabkan kempen PRU14 ‘luar biasa’ dan sukar dilupakan. (Sumber: Malaysiakini)
The post 1MDB. Ini Kenyataan KJ Buat Ramai Ahli UMNO Setuju appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment