Bayi maut, kepala terhentak di dashboard


Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas kepalanya terhentak pada papan pemuka kereta (dashboard), lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Dusun Panti di Kota Tinggi, kereta yang dinaiki keluarga mangsa terbabit dalam kemalangan mengakibatkan mangsa dari Endau, Mersing, maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa bersama keluarga hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. 

"Secara kebetulan pada masa sama sebuah Proton Wira dari arah Johor Bahru ke Mersing tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta keluarga mangsa.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana cedera di kepala akibat hentakan pada papan pemuka kereta,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.