Anak kerap menangis selepas Isya', saka tuntut janji


Saka merupakan sejenis gangguan makhluk halus yang berpunca daripada jin atau syaitan. Di dalam masyarakat Melayu, pemahaman saka adalah merupakan ilmu yang diperturunkan atau dipusakai oleh waris teratas kepada waris di bawahnya. Proses ini terjadi apabila ada manusia yang cuba mendampingi makhluk halus bagi tujuan kepentingan diri. 

Hal ini bukan sahaja memakan diri sendiri, malahan akan memberi kesan kepada keturunan mereka jika tidak dirawat dengan segera.

Seorang pengguna Twitter berkongsikan saat dia berdepan dengan situasi yang menyeramkan apabila seorang pengamal perubatan Islam mengatakan bahawa isteri dan anaknya terkena gangguan saka. Kisah gangguan itu bermula apabila anaknya dilahirkan.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Cerita start lebih kurang 5 tahun lepas. Aku kahwin dengan wife aku. Time tu dia baru HO kat Hospital Batu Gajah/Ipoh. Aku kat Kuala Lumpur (KL). So setahun awal tu kami LDR je la Ipoh-KL. Weekend husband and wife.

Setahun awal tu memang kami tak bersungguh lagi untuk fikir pasal anak, yerla, jauh. Lepas setahun, dia dapat pindah Selangor dan aku alhamdulillah rumah dah siap. Tahun ke-2 perkahwinan kami dianugerahkan Chut Auni dalam hidup kami. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama cerita seram ni start. Masa dua minggu awal Chut Auni dilahirkan, setiap lepas Isya’ je dia akan start menangis. Then stop dalam pukul 12 gitu dan sambung balik pukul  2 hingga 3 pagi. Sampailah pukul 5 lebih gitu. Subuh je baru okay.

Awal tu aku ingatkan dia perut kembung, segah ke, salah susu ke. Biasa bebudak. Tapi naik seminggu straight menangis ni aku jadi tak keruan.

Setiap malam Chut nangis. Chut alhamdulillah senyap dan tidur bile ayah aku 'selesaikan' rumah. Ayah aku ex-bilal. Bab-bab hantu ni dia boleh la jugak settlekan just dia tak penah syak pape pon la. Katanya ada yang 'melintas' je kot.

Lepastu wife aku balik kampung, pantang kat rumah mak dia pulak. Tapi Chut still lagi menangis. Setelah habis semua klinik aku bawak Chut pergi dan semua cakap Chut normal. So aku bawak ke Darul Syifa kat area Ipoh ni (tak ingat area mana)

Asalnya just nak bawak tengok Chut Auni sebab dia menangis. Tapi ustaz tu cakap rasa kena tengok wife dulu ni. Aku dah tak sedap hati. Aku datang dengan wife dan mak mentua aku. So wife aku pun duduk la depan ustaz tu.

Sesi start. Ustaz panggil wifenya, untuk support. Baru lepas minum air yang dibacakan ayat-ayat quran ni, wife aku terus muntah-muntah. Allah. Time tu Chut tidur je atas aku. Nasib baik.

Wife aku terus muntah. Sesi berlangsung dalam  masa 30-45 minit. Ustaz tu cakap, dia nak kena datang rumah kampung wife aku ni. Nak check something betul ke tak. Tu ke ayat dia.

Ustaz tu datang rumah, dia jenguk sana sini. Dia ambik wudhu dan solat sunat. By the way, time ni lagi dua hari nak puasa. Lepas solat, ustaz panggil aku. Dia cakap yang sebenarnya ada 'makhluk' ni tengah nak menuntut janji. Janji yg dh lama orang tinggalkan. Dia memang carikan anak perempuan sulung. Wife aku pun anak first, lepas tu Chut. 

Makhluk ni dah lama wujud dari beberapa keturunan lepas. Orang dulu ambik dia untuk jaga tanah harta pusaka, dalam erti kata lain, benda ni la dipanggil saka. Cuba hang bayangkan, hang kahwin, hang masuk family tu, tiba-tiba hang nak habaq yang family tu ada saka. Hang ingat senang????

Yang ni memang cabaran. At this point, aku differentiate cerita ni dlm 3 part:

1) Chut Auni - anak aku
2) Wife 
3) Diri aku sendiri

Lepas ustaz tu cakap macam tu, dia cakap untuk settlekan kes anak aku nangis, kena settlekan semua masalah ni serentak. Ustaz ada mintak aku kumpulkan air dari tujuh kolah masjid. And semua family side wife aku kena mandi dalam masa dua minggu. 

Dalam masa sekarang ni ustaz just tolong pagarkan rumah je dulu. Aku pun tanya jugak, kenapa sekarang baru benda tu datang kacau? Rupanya wife aku dari dulu dah penah kena kacau. Ustaz tu explain macam mana benda tu datang nak carik tuan. Selalunya thru mimpi. Dia datang dan offer kita kain or mimpi budak. Details dia entahla tapi wife aku cakap memang dia mimpi semua tu.

Dipendekkan cerita. Sekarang aku nak settlekan. Sebelum ustaz tu balik, dia panggil aku je pergi ke kereta dia. Dia cakap aku kena lebih tabah. Sebab apa? Sebab aku orang luar datang nak selesaikan saka ni. Saka ni akan buat semua orang marah dengan aku termasuk la wife aku.

1) Chut Auni

Bila aku start nak combat dgn saka ni, Chut Auni effected. Dia dulunya just nangis selepas isya’ sekarang ni dia tidur kejap dan macam terkejut dan nangis. Aku baring sebelah dia tepuk-tepuk, Chut dah mcm lali nak tidur dan dalam masa yang sama aku nampak satu tangan hitam datang. Lajuuu....
Aku terkejut dan aku tengok lagi sekali dah takde. Dan Chut pun terkejut dan nangis. 

Banyak kali jadi macam ni. Dia tunjuk diri dia sikit-sikit. Chut kadang-kadang akan tenung one side ni dan nangis. Nangis macam orang takut and dia elakkan pandang side tu dah. Macam ada orang tunggu tengok dia.

2) Wife

Wife aku kan tengah berpantang time tu. So dia tak boleh baca quran. Aku akan duduk dengan Chut dan dia selepas solat. Aku bacakan quran utk family kecik aku ni dengar. And setiap kali aku baca,dia ckp dia rasa resah. Rasa macam marah.

Sepanjang tempoh aku nak combat benda ni, mood swing dia memang dahsyat. Seminit tadi duk gelak dgn aku, next second macam baru lepas gaduh. Ustaz tu kan dah warning dengan aku, so aku relax. Aku cerita dengan wife aku memang ni effect dia.

Dia pun pelik dengan behaviour dia. Dia just harap aku boleh bare with her and don't leave her alone. Aku janji dengan dia kita settlekan semua benda ni once and for all.

3) Diri aku

Dalam masa ni aku rasa diri aku macam ada orang tengok. Seram sejuk. Mimpi bukan-bukan. Aku kadang-kadang jadik rimas, rimas dengan Chut malam nangis non stop. Rimas dengan wife aku yang asyik nak marah merajuk. 'Dia' mainkan mental aku.

Aku bangun pegi toilet malam and aku perasan ada orang melintas. Meremang. Klimaks aku kena, aku tidur kat bawah tepi katil setiap malam. Wife aku dan Chut tidur atas. Lepas dah habis tempoh berpantang wife aku memang selalu bangun pukul 3 pagi macam tu untuk pam dan solat isya’. So aku dah biasa dah tengok dia bangun malam. 

Ada satu  malam ni, aku tidur dan pusing nampak wife aku siap bertelekung kat belakang aku. Aku relax je..ingat dia solat. Dalam masa sama aku dengar bunyi Chut macam nangis atas katil. Aku risau dia terjatuh katil so aku pun bangun tengok dia. Chut ada tengah merengek and wife aku pun tidur sedap sebelah dia. Siapa yang kat belakang aku ni????

Time tu hilang mengantuk aku. Aku rase sejuk je kat belakang aku. Aku rasa kain telekung tu dok berkibas kat belakang aku. Dalam hati Allah je yang tahu tuan puan sekalian wuuu. Habis la ayatul qursi aku baca.

Aku toleh benda tu dah tak ada tapi dekat penjuru bilik aku nampak ada bayang hitam tergantung dari atas turun bawah. Rasa nak pecah jantung time tu.

Aku cepat bangun dan bukak lampu dan benda tu hilang. Seraya tu jugak Chut nangis. And ayah aku terus berlari naik atas rumah. Ayah aku dapat sense ada benda ni datang kacau.

So for the next few days ayah aku buatkan minyak sikit untuk sapu kan sendi-sendi Chut untuk elak gangguan. Garam, pasir dan lada memenuhi sekeliling ruang rumah aku.

Setiap malam maghrib aku kena tabur. Lepas dua hari kes aku nampak tu, mak aku pulak nmpk. Time tu Chut mak aku ambik, lepas dia penat nangis. Mak aku ribakan dan kasi dia tido. Time tu mak aku baru je sandar atas katil mengadap almari aku. Aku baru masuk toilet kejap. Then mak aku jerit. Berlari aku keluar. Wife dan ayah aku semua datang sebab kuat mak aku jerit. 

Mak aku cakap dia tengah sandar lepas tu ada bayang atas almari aku menyeringai terbang terkam Chut! Chut continue nangis. 

Ayah aku dan aku solat hajat dan baca quran sesama malam tu sampai pagi. Hati siapa tak luluh tengok anak nangis non stop, mental fizikal kena kacau. Aku jadi macam orang tak terurus. 

Semua cerita atas ni berlaku dalam masa ustaz tu dah siapkan air mandi dan semua org kena settlekan mandi dalam that two weeks.  Aku punya adik ipar kat Johor pun kena balik mandi jugak.

Masalah terbesar adalah penerimaan family side wife aku. Some in denial. Diorang cakap takkanlah ada saka. Ada makcik-makcik ni cakap sebab nama Chut yg aku kasi. Nama ni berat katanya. Takpelah aku tahu benda ni akan jadik. Aku tak blame sesiapa, kita nak selesaikan masalah.

Bila semua dah habis mandi dalam dua mingggu tu, ustaz datang ke rumah kampung ni dan dia cakap jom kita gotong royong harini. Cari kotak-kotak lama dan peninggalan lama-lama. Hasilnya kami jumpa keris lama dan sanggul-sanggul.

Semua ni ustaz ni kumpul untuk final part. Untuk final part, ustaz bawakkan semua ni ke sungai terdekat. And beberapa bijik kelapa. Lepas solat asar jemaah, kami pun start. Dibacakan ayat-ayat ruqyah and semua ni letak dalam satu kotak dan dihanyutkan. Kelapa tadi dipecahkan jugak. Ustaz cakap kita doa je la benda tu tak datang dah Insyaallah.

Aku tak details out sangat la final part ni sebab banyaknya ustaz ni yang buatkan. Dia just mintak kami baca ayat qursi je sepanjang proses. Lepas tu dia cakap Chut Auni kena elakkan kejap datang ke rumah kampung macam masih ada saki baki. Kita dah cuba sedaya yang kita mampu. Insyaallah Allah akan tolong. 

Lepas tu ustaz datang setiap rumah family yang ada dan taburkan garam dan lada sekeliling rumah. Garam dan lada ni tak boleh sapu dalam masa dua minggu. Alhamdulillah Chut Auni makin improve. And semuanya kembali tenang. Hasilnye skrg ni Chut Auni dh umur 3 tahun. And dia boleh nmpk 'makhluk' halus ni. 

Dia akan cakap, ada hantu kat situ ayah sambil tunjuk. Kalau benda tu tengah tenung dia, dia mcm takut-takut dan tunjuk-tunjuk. Hehe penah skali aku on the way nak balik rumah pukul 9 malam gitu dan wife aku call. Dia cakap Chut Auni cakap ada hantu tunggu kat depan pagar nak masuk rumah tapi tak boleh.  Wife aku takut sebab dia seorang. Hehehe. Chut relax je.


Aku dah jadi biasa begini. Inilah Chut Auni skrg. Cheeky gila. Alhamdulillah semua dah berlalu.

Sori la, aku bergelut nak siapkan tulis dengan berperang dengan Chut Auni ajak aku main playhouse dia. Haha. Thread stop lame kejap sebab tertidur. Tapi  itulah cerita dia.

Panjang gila thread. Nanti kalau aku rajin lagi aku cerita pasal ayah aku pulak selesaikan masalah gangguan jiran aku. Dalam cerita aku ni ayah aku just supporting je la sebab kebanyakkan semua ni jadik kat kampung wife aku.

Akhir kalam. Sayangilah family kita. Jangan cepat melatah bila kena uji. Ujian ni datang dari macam-macam sudut. Kita kena tenang sebab Allah sentiasa ada dengan kita. Insyaallah.

Sumber: Fa1zall, utusan.com.my (temubual Dr Amran Kasimin, definisi saka)


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.