'Itulah kali terakhir kami buat open house' - Anak buat perangai, mak bapak biar dan tak ambil kisah
Di musim perayaan ini, pasti ramai yang membawa anak-anak kecil pergi beraya di rumah saudara mara dan kenalan. Pelbagai aksi dan ragam kanak-kanak yang dapat dilihat, apa yang penting ibu bapa perlulah bijak mengawal anak-anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.
Luahan Adzren Adnan mengenai segelintir kanak-kanak yang berkelakuan biadab ini mendapat banyak perhatian dari netizen yang rata-rata bersetuju dengan beliau di mana kebanyakan ibu bapa hanya membiarkan anak-anak mereka 'buat perangai' tanpa mengambil sebarang tindakan tegas.
Ini berbeza dengan zaman dulu di mana, pantang buat perangai sikit, sudah tentu ada mata yang menjeling tajam yang menjanjikan hukuman di rumah sebaik saja pulang. Baca dan hadam dengan baik penulisan dari Adzren ini. Semoga bermanfaat.
'BUDAK TETAP BUDAK, MAK BAPAK YANG KENA ADA OTAK'
Grab your popcorns. This gonna be super long. Letak disclaimer awal sebab ada yang 'rajin' membaca.
PERHATIAN: Tidak merujuk kepada kanak-kanak Autism, Hyper dan lain-lain kelainan upaya. Saya masih waras dan faham kondisi dan kapasiti kanak-kanak istimewa dan kelainan upaya. Segala penceritaan tertumpu pada kanak-kanak normal dan semestinya ibu bapa normal.
Baca banyak kisah tentang budak. Budak kacau barang dalam rumah waktu beraya especially barang berharga collector, budak yang buat bising dalam pawagam, menangis dalam kapal terbang dan lain-lain tempat awam. Baca komen dan bidasan orang ramai, ya, sejujurnya tepat. Budak akan sentiasa berkelakuan seperti seorang budak. Tapi mak bapak yang tidak berotak akan membiarkan sahaja anak bagaikan dialah budak.
Jujurnya, aku cukup anti dengan kanak-kanak yang petah bercakap namun setiap kata yang keluar tidak beradab dan tingkahnya jelek. Tapi aku tak benci. Orang keliling yang memandang dan mendengar akan mula menghakimi "Siapalah mak bapak budak ni?" sebab dia budak. Kids will always be kids, itu pasti.
Sekarang, aku ada dua orang anak saudara lelaki. Anak sendiri tak ada, belum jodoh belum rezeki. Oke, itu kita tolak tepi. Sulong, dah mula nak petah bercakap tapi jarang jumpa. Budak, bisingnya dan nakalnya memang biasa. Berlari tak ingat dunia, panjat sini sana, ya, biasa. Belum tiba waktu menangis, memang bergegar dunia.
Bila di luar, USAHA kakak dan abang ipar aku yang orang lain nak tengok sebenarnya. Bila anaknya nakal, mata orang awam perhati kami semua (sebab mereka tak tahu yang mana satu ibu bapa kan). Setiap kali keluar, bila anak saudara mula buat perangai, aku perhati orang keliling dan ya, mereka memandang tajam penjaga dewasa. Seolah-olah dalam hati dia kata,
"Kau nak tegur anak kau ke tak. Kau nak kasi diam ke tak. Aku bayar tau makan dalam restoran ni. Kau tak bangun ambil anak kau, aku ajar kau cara ajar anak."
Dulu aku selalu cakap, "Pukul je lah. Biar dia tau." Bila aku dah ada anak buah baru aku tahu, takkan sebab dia menjadi sifat seorang budak, nak dipukul? Adilkah? Pada masa sama, usaha kakak dan abang ipar aku untuk kurangkan sifat budak pada anak buah aku tu perlu diambil kira juga. Tapi kalau melampau sangat, contoh macam kacau orang lain ke, ambil gelas pecahkan ke, kurang ajar dengan orang ke, kenalah denda walau macam mana pun. Kalau tak didenda sampai ke besar anak tu akan rasa benda tu ok dan tak salah.
Tak ada istilah "Ala, dia kecil lagi. Biarlah." Ha'ah, ye lah. Budak main ludah-ludah, cakaplah biar. Dah besar esok dia ludah muka kau sampai basah, sebutlah "Dah besar anak mama, makin padu ludahan. Air liur pun tebal. Tahniah nak ye."
Isu sebenar adalah, bila anak buat perangai dan masalah, mak bapak biar dan tak ambil kisah, itu yang buat orang marah. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya nak cerita beberapa kisah. Ini beza bila anak yang selalu dipantau ibu bapa tiba-tiba jumpa kawan baru yang ibu bapa tak pernah kisah kalau anak dia buat masalah.
Dulu, waktu raya ramai saudara mara berkumpul. Generasi remaja, kamilah. Dan generasi kanak-kanak merangkap anak buah ada dalam 10 ke 12 org. Dalam set 12 orang tu, 4 orang ni memang terkenal dengan nakal dan memang aku akan mengelak daripada bercakap dengan mereka berempat. Walaupun budak, tapi ayat yang keluar dari mulut macam mak bapak tak pernah ajar cara bertutur. Nanti saya bagitahu kenapa.
Oh umur dalam 4 ke 7 tahun semua kanak-kanak waktu tu. Sekarang besar dah dan harap semua tak adalah yang hisap dadah ye. Eh. Okey, yang memang aku akan layan yang balancenyalah sebab memang tak banyak kerenah, apa dia buat mak dia akan tanya, kira tertiblah yang lain ni. Sampailah mereka ni bertemu buat kali pertama dan bermain bersama.
Puas bermain, aku naik tingkat atas nak salin baju. Budak yang tertib ni tadi, boleh panggil aku, berdiri sekali sebelah budak-budak yang biadap ni tadi, tanya aku "Abang, abang, diorang ni cakap abang pondan eh?"
Dia macam, kau baru umur 4, 5, 6, 7 tahun, mana kau belajar kalau bukan dari mak ayah kau atau kawan kau? Dan secara yakinnyalah aku assume mak ayah kau tak pernah titik pun bibir kau kalau kau keluar ayat biadap, tak pernah kisah pun tingkah laku kau dan tak kisah pun siapa kawan kau di sekolah.
Aku tak malu, sebab aku jawab time tu, "Ha'ah pondan. Mak ayam besar". Terkesima semua. Ye la, kosa kata baru. Mak ayam. Aku menyirap, sebab sepanjang mereka bermain segala perkataan keluar babi sial bodoh celaka semua. Eh kau budak tau. Mak ayah dia? Ada di bilik sebelah. Kalau aku dengar, mustahil mak dia tak dengar. Bila bising gaduh, aku hanya dengar mak dia jerit,
"Aipp... Main elok-elok..." sambil anak dia jerit babi. Hebat kan?
Lepas aku dah beri jawapan agung aku, tunjal kepala semua, marah dan cakap "Kau turun bawah, kau tanya mak bapak kau soalan yang kau tanya aku tadi, kalau mak bapak kau tak sepak muka kau, biar aku sepak."
Berbondong turun. Yang 4 orang nakal? Tak berani cakap. Diam sampai sudah. Aku pun menyampah. Yang tertib tadi? Turun dan tanya, mak dia lempang terus muka dia. Datang minta maaf pada aku. Anak dia salam dan minta maaf. Settle.
Ini cerita open house. Itulah kali terakhir kami buat open house. Sebabnya? Ini ceritanya.
Ayah dulu Pengerusi Taman. Jadi kiranya memang kenalah buat open house ni. Wajiblah kiranya. Melaka kan, pesta kuat, jamu orang makan sebagai ketua lagilah wajibulghunnah katanya. Kalau tak nanti, masyarakat menghina katanya pengerusi kedekut. Ok tak apa. Buat.
Maka berhempas pulaslah terkangkang kiaplah bonda tercinta yakni mama aku dekat dapur. Segala ketupat rendang kuah kacang mee kari soto semualah. Tak nak katering, ayah nak hidangan air tangan si isteri. Ye lah. Ikutkan. Datanglah sekumpulan manusia beraya. Ibu bapa dan anak-anaknya. Memang kumpulan ini sahaja yang dijemput waktu itu. Open house untuk mereka. Masih dalam lingkungan umur yang sama. Kalau tadi 4 orang kan? Kita gandakan. Ada lebih 20 orang ya. Bayangkan, 20 orang yang tidak makan saman dan ibu bapa hanya,
"Heiiii jangannn buat camtuuuuuu" kemudian sambung mentekedarah.
Sumpah tak tipu. 20 orang tadi terbahagi kepada beberapa section. Section
Section tangga. Ada 3 4 orang ala-ala berlumba naik tangga turun tangga. Naik turun sahaja tak apa, dengan kau hentak palang besi pemegang tu, dengan kau tendang barang-barang tepi tangga tu, maknya boleh kata, "Laaaahhh! Dia tendang pulakkkk!"
Eh! Itu je? Ke kau nak aku tendang anak kau? Masih bersabar. Kita ke section berikutnya. Section luar rumah. Sekumpulan budak main bunga api dan mercun. Dibakar mercun letak dalam tong sampah, dalam peti surat segala tempatlah. Terperanjat-terperanjat semua. Bapa-bapa yang merokok hanya jerit "Dah dah lah tu..."
Eh! Kau nak aku ambil mercun bakar, letak bawah lidah anak kau, kacipkan mulut dia ke? Masih bersabar.
Ada pula section-section kecil, seorang dua yang suka-suka masuk bilik orang sepahkan barang, section buka pintu peti ais orang ambil coklat ambil gula-gula. Semua ni jadi pada satu masa dan mak-mak yang nampak hanya kata "Ehhh jangan..." ITU SAHAJA.
Section akhir. Di lantai dan permaidani. Dia dah ambil mee, ambil soto, ambil ketupat. Tamak, macam figura manusia berperut jin ya. Ini paling cerdik. Habis semua permainan dia dah main agaknya. Mereka cuba teroka permainan baru. Tahu apa? Lenyek ketupat di atas lantai dan permaidani. Maknya boleh gelak dan kata,
"Ya Allah, main ketupat atas lantai pulak...".
Waktu ini aku tak boleh tahan sabar. Aku terus jerit. "Eh?! Kenapa korang ni semua macam anak Tarzan?"
Suasana tegang dan diam. Selepas 10 minit. Sedikit demi sedikit mereka minta diri untuk pulang dan bersurai. Kami? Mengemaslah segala lecekkan yang ada. Kenapa anak Tarzan? Sebab mak bapak yang perangai. Budak is budak. Mak bapak tak ada effort langsung nak tegur dan marah!
Sejak tu tak buat dah open house. Kami kedekut? Kisah? Stop buat anak, besarkan yang ada dulu. Baru kami buat semula. Bila kau dah tahu nak handle budak macam mana.
Kau kaya ke kau miskin ke, kalau kau tak tegur anak kau bila buat perangai, kau akan dianggap daif dan naif. Tahu buat tapi tak tahu nak jaga.
Sekolah rendah yang aku ajar choral speaking, berbeza dengan 5 tahun lepas. Budak makin advance. Aku tengah melatih budak darjah 4 darjah 5 boleh buat muka dan menjeling. Bila dia penat dia start mengomel dan melawan. Siap boleh mengumpat dengan kawan depan muka kau. Ya, aku basuh. Ayat pertama aku "I nak tanya, memang depan mak bapak you, perangai you macam ni ke? They teach you to be rude, is it?"
Kalau aku cikgu rasanya aku dah kena saman sebab perkataan yang keluar selepas selepas itu memang menyakitkan. Sebab hati aku sendiri sakit dengan mulut budak sekarang. Kasihan cikgu sekolah. Patutlah ada yang sampai betul-betul memukul teruk. Sebab mulut budak sekolah sekarang memang langsi. Kalau aku cikgu memang sumpah dah makan penyepak dan kaki. Nasib baik aku sekadar jurulatih dan tak ada dengan budak hari-hari.
Lastlah aku kongsi. Waktu ni aku tingkatan 3 tak silap. Setiap kali habis waktu sekolah aku akan datang sekolah yang mama mengajar kalau mama balik lambat. Waktu tu mama memang balik lambat sebab mesyuarat. Sekolah depan belakang je. Mama ajar sekolah rendah jadi mama akan sentiasa balik awal. Kalau balik awal, aku akan tunggu depan McD DP. Kenapa McD? Biasalah.
Okey, masa tengah tunggu mama dalam bilik guru, anak-anak cikgu yang darjah satu dengan tadika ni main ramai-ramai. Elok main lepas tu gaduh. Yang budak perempuan tadika ni tadi, keluar ayat babi sambil tunjuk jari tengah. Aku terkejut. Sebab, dik, kau sekolah tadika tau. Tadika kau semua perempuan dan ala-ala English. Kau belajar mana eh? Habis mesyuarat, ada budak seorang lagi ni, mengadu dekat maknya yang anaknya tunjuk isyarat vasss dan kata-kata mulia tu. Tahu mak dia cakap apa? "Tak elok buat macam tu, dah jom balik." Sekarang, bila fikir balik patutlah anak kau gitu, maknya perangai lagi teruk dari itu. Tak layak jadi cikgu.
Banyak lagi cerita. Budak tendang kerusi dalam bas. Aku tegur, maknya jeling. Aku pindah kerusi belakang aku tendang berkali kerusi anak dan mak dia. Dia bangun dan beralih kerusi. Nasib waktu tu tak ramai dalam bas. Nak ke Perak time tu.
Budak lingkungan umur 5 tahun hentak-hentak meja guna cawan. Memang memekak. Satu restoran pandang. Mak dia boleh main handphone. Aku baru nak bangun, dah ada orang bangun pergi kat mak dia, cakap elok-elok "Kalau puan tak tahu cara jaga, biar saya jaga." Dia ambil cawan dan cakap kat budak tu, "Dik, jangan hentak ye. Bising. Auntie bagi gula-gula. Nah" Budak tu diam sampai sudah. EFFORT. Mak dia tak ada effort.
Banyak lagi depan mata. Dalam panggung pun ada. Nak cerita sampai mati tak habis.
Aku tak ada anak. Orang mungkin akan cakap "Kau tak ada bolehlah cakap." Habis tak betul ke? Anak tak betul, mak bapak tegur. Ke salah aku cakap ni? Aku kecil dulu selalu je kena cili sebab mulut jahat. Ya, aku jahat. Tapi effort mak aku ada, cili mulut aku. Tapi mulut aku tetap sama sampai sekarang hahahah. Salahkan aku, bukan mak aku sebab effort dia betulkan banyak dulu.
Ada yang kata "Mak ayah kadang tak larat nak tegur. Kau tak paham. Dengan penat lagi. Dengan kerja lagi." Maksudnya kau tahu kan perangai anak kau macam mana? Jangan bawa keluar. Simple. Kakak aku selalu cakap nak tengok wayang, tapi tunggu anak dia besar sebab kakak aku tahu anak dia tak boleh behave dalam panggung dan akan buat orang mengamuk. Dia tahu so dia tak pergi. See? Boleh kan. Or else, stop making babies lah kalau tak boleh sangat nak tegur. Manjakan dan tak ambil kisah, berbeza. Jangan samakan.
Aku tak ada anak maka aku tak faham? Aku kena ada anak baru aku akan faham? Tak. Benda simple. Semua boleh fikir. Budak nakal tak salah. Budak. Sentiasa akan jadi budak. Mak bapak. Sila tegur. Kalau tak tegur, perangai budak dia akan bawak sampai dia besar gedabak. Time tu bukan setakat anak kena sepak, mak bapak pun sesahkan jugak.
Aku tak nak cakap "Kalau aku ada anak, anak aku takkan nakal" no. Aku berani dan boleh cakap kalau aku ada anak, aku akan jadi macam kakak aku. Think about others too, tegur anak bila dia buat perangai tak malu dan pujuk bila perlu.
Parents millenial, please. Kau tak suka anak kau kena marah dengan orang, katanya "Aku sendiri tak pernah jentik anak aku, kenapa kau nak sentuh?" Kau tak suka orang bagi makan bukan-bukan masa baby, umur bawah 6 bulan and so on, jaga prihatin kan? Kau marah nak saman bila cikgu tadika atau sekolah pukul denda anak kau?
Maka, cuba start untuk tegur anak kau kalau anak kau buat perkara yang luar batasan which is bila orang keliling start menyirap. Budak menangis itu normal. Tapi dalam panggung wayang ganggu orang memekak dan menyanyi itu kau yang tak normal, bukan anak kau. Get me? Kalau tak faham juga, tak apa. Let netizen do their work kalau kau tak ada effort nak jaga.
Tolong jangan assume aku benci budak ke tak suka budak nakal ke, tidak. Aku cuma ada masalah dengan parents yang tak ada effort untuk tegur kalau anak dia perangai melampau hingga libatkan public. Itu sahaja. Jadi, jangan marah ye bila netizen ambil peluang gantikan peranan kau sebagai mak bapak dan tegur si anak. Sebab kau buta dan pekak.
Memang betul, ibu bapa sekarang bukan cahaya mata yang mereka lahirkan, tapi mereka melahirkan "TUAN"
Sumber: Adzren Adnan
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment