'Ini bukan tipu!' - Berat badan turun 29 KG dalam masa 3 bulan,


'Gemuk' atau obesiti merupakan perkataan sensitif bagi sesetengah individu. Perasaan malu semestinya menguasai diri apatah lagi apabila tiba musim perayaan. Pelbagai supplement segera dikeluarkan oleh pengusaha kosmetik untuk meyakinkan pengguna untuk menurunkan berat badan di dalam masa yang singkat. Namun,ini bukan cara penyelesaian yang sihat.

Seorang pengguna Twitter berkongsikan tips menurunkan berat badan di dalam masa hanya tiga bulan. Katanya, dia telah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 29 kilogram.

"Siapa nak tips 'how I lost 29 kg in 3 month's je, ini bukan tipu tetapi seriously ramai juga terkejut." 

Antara faktor lain juga adalah kerana dia pernah putus hubungan sebelum ini.

"Firstly, aku kurus ini pun sebab pernah broken. Hahahaha! That's why-lah turun mendadak dalam 3 bulan."

Antara disiplin terpenting yang diterapkan dalam mencapai misinya untuk menurunkan berat badan adalah dia tidak menjamah nasi di dalam masa tiga bulan.

"Okay, first sekali dalam masa 3 bulan aku memang tak sentuh nasi langsung. Memang disiplin kena jaga kaw-kaw."

Cara pemakanan Tun Dr Mahathir juga dijadikan contoh untuknya berusaha keras walaupun sukar baginya untuk melaksanakannya.



"Yang kedua pula, aku ikut cara Tun Dr Mahathir iaitu konsep makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Yang ini paling susah tetapi kena try hard lah."

Kuantiti makanan juga dititiberatkannya iaitu mengambil jumlah makan yang sedikit  seperti diamalkannya hanya mengambil sebesar tapak tangan.

"Kalau boleh, bila korang makan tu potion dia besar tapak tangan saja. Tak kiralah cukup ke tak, janji mental kena kuat."

Sumber: Faizshazman


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.