(Video) Anjing tidur tepi jalan pun kena tar sekali


Orang ramai mengecam tindakan pekerja pembinaan jalan yang didakwa sengaja menuang tar panas ke atas seekor anjing yang sedang tidur di tepi jalan, malah sebahagian anggota badannya ditanam ketika masih hidup, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian pada Selasa lalu di Agra, India berhampiran dengan Taj Mahal, anjing malang itu dibiarkan tanpa diselamatkan sebelum ia menhembuskan nafas terakhir. 


Menurut laporan Times of India, pekerja pembinaan jalan menuangkan tar panas ke atas anjing terbiar itu yang sedang tidur di tepi jalan, ketika mereka sedang membaiki Jalan Fatehabad di Phool Sayed, berdekatan Taj Mahal. 

Video rakaman yang menunjukkan bangkai anjing itu masih berada di lokasi kejadian kemudian viral di media sosial, menimbulkan kemarahan orang ramai dan aktivis haiwan. 

Ekoran kejadian itu, empat pekerja termasuk penyelia syarikat pembinaan jalan, pemandu jentera penggelek jalan dan dua lagi pekerjanya yang disyaki terlibat dalam kejadian itu ditahan pada malam Rabu. 

"Kaki anjing itu tertanam di bawah tar. Pekerjanya enggan memecahkan jalan itu untuk mengeluarkan anjing itu yang kemudiannya mati," kata Virendra Singh, penduduk di kawasan tersebut. 

Pihak berkuasa kemudian terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan bangkai anjing tersebut. 




Difahamkan, empat pekerja terbabit dibebaskan selepas dibenarkan ikat jamin berikutan mereka tidak pasti sama ada anjing berkenaan masih hidup atau mati ketika kerja-kerja baikpulih jalan raya itu dilakukan, memandangkan pihak polis juga tidak melakukan bedah siasat terhadap haiwan itu. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.