Edisi tak sabar: Anwar jangka ganti Mahathir sebagai PM Mei 2020


Dalam temubual bersama Bloomberg, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020. 

Bagaimanapun, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan jawatan itu. 

"Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa," katanya. 

Menurut Anwar, kesefahaman itu telah dipersetujui secara konsensus di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletak jawatan dan beliau akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8. 

Anwar turut menafikan kononnya wujud dakwaan Datuk Seri Azmin Ali atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diangkat menjadi perdana menteri yang seterusnya. 

"Tiada tanda-tanda ada pihak yang mahu promosi atau melobi nama lain (untuk jawatan PM)," katanya. 


Pada PRU14 lalu, Mahathir berkata beliau mungkin hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri hanya sekitar dua tahun sahaja. Tetapi dalam kenyataan lain, Mahathir hanya akan meletakkan jawatan penting itu selepas negara berada di landasan yang betul. 

Sumber: Astro Awani


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.