Gadis maut akibat letupan handphone yang dibiarkan dicas semalaman


Seorang pelajar perempuan meninggal dunia selepas telefon bimbitnya yang sedang dicas di sebelah bantalnya meletup ketika dia tidur. 

Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, sebelum itu mendengar muzik di sambil berbaring di bilik rumahnya di Bastobe, Kazakhstan. 

Pada keesokan paginya, Alua ditemui mati dengan telefon bimbitnya yang meletup. 

Menurut polis, telefon bimbit mangsa masih dipasang pada soket dan dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala akibat letupan itu yang menjadi punca kematiannya. 

Pada masa kejadian, ahli keluarga menghubungi paramedik untuk mendapatkan bantuan, kemudian mengesahkan remaja itu telah meninggal dunia. 

Pakar Forensik turut mengesahkan telefon bimbit itu meletup pada awal pagi hari kejadian akibat terlebih cas yang menyebabkan baterinya panas lalu meletup. 

Kematian mangsa dianggap sebagai kemalangan dan polis tidka mendedahkan jenama telefon bimbit yang dimiliki oleh mangsa. 

Alua dan Ayazhan

"Saya bagaikan tidak percaya. Kita berkawan baik sejak kecil lagi. Sukar untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa awak. Saya rindukan awak. Awak tinggalkan saya buat selama-lamanya," kata rakan karib mangsa, Ayazhan Dolasheva, 15. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.