Remaja nyaris diculik 3 suspek ketika berada di halaman rumah


Seorang remaja perempuan nyaris diculik sekumpulan lelaki di kawasan rumahnya di Kampung Tok Kandang, Kangar, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, remaja berusia 15 tahun berkenaan berada di halaman rumahnya seorang diri dan didatangi dua lelaki yang menaiki Perodua Viva berwarna hitam lalu meluru ke arah mangsa. 

Mangsa yang ketakutan terus melarikan diri ke kawasan pagar halaman rumah jirannya untuk meminta pertolongan. 

Gagal mendapatkan mangsa, suspek terus beredar dari tempat kejadian. 

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, tiga suspek berusia 24 hingga 58 tahun telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. 

Pemeriksaan air kencing ke atas tiga suspek yang bekerja sebagai penurap jalan, adalah negatif. Namun dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 361/511 Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan penculikan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.