(Video) 'You siapa ask my ID?' - Pemandu Honda City dipercayai mabuk terbabas, enggan beri kerjasama kepada polis


Viral di media sosial semalam klip video pemandu kereta Honda City yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan memandu secara berbahaya sebelum terbabas sendiri. 

Dalam kejadian di Lebuhraya MEX awal pagi semalam, sempat dirakam oleh seorang anggota polis (preman) yang dalam perjalanan ke IPD Putrajaya. 

Menurut Eijarm Al-Fayed, dia mula mengekori kenderaan itu setelah mendapati lelaki itu memandu secara berbahaya sehinggalah kereta itu terbabas ke bahu jalan. 

Apabila Eijarm cuba memberi bantuan dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, pemandu itu pula meninggikan suara. 


"Drunk and argue tak percaya I'm a police officer. Siap raise voice, "You siapa ask my ID?". Budak perempuan itu siap kata saya tak ada hak. 

"Ask my ID, I dah bagi. Siap cakap tak percaya lagi pasal tak pakai uniform. Uniform kat office la badigol. Obstruct my duty as police officer memang mendapatlah. 




"Kita niat nak bantu, pastu kena bahasakan pagi-pagi buta. Patutnya terbalik dan terbakar rentung jer tadi dia ni. Pangkat anak-anak aku jer dia ni. Akhirnya mendapatlah bawa balik balai naik Grab Patrol Car," tulisnya di Facebook. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.