Peserta maraton cemari lebuhraya DUKE dengan kulit pisang, botol & cawan


Baru-baru ini diadakan pertandingan larian (maraton) dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE). 

Kebiasaannya ramai yang berkongsikan gambar peserta berlari dan meraih pingat selepas tamat pertandingan, namun berbeza pula dengan gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Chelsea, menunjukkan sikap segelintir peserta. 

Menurut Chelsea, gambar yang menunjukkan kulit pisang, botol dan bekas air minuman dibuang merata-rata di tepi jalan itu dirakam di lebuhraya DUKE. 

"Para peserta gigih nak menamatkan larian tetapi tak reti nak buang sampah dengan betul," tulisnya. 

Walaupun ramai yang menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab itu, ada segelintir netizen menegaskan sampah-sarap itu adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk bersihkan dan peserta tidak bersalah dalam hal ini. 

"Penganjur pertandingan mesti ada sediakan perkhidmatan pembersihan untuk trek maraton. Mustahil untuk peserta nak cari tong sampah ketika sedang berlari. Mereka tidak perlu memegang sampah semasa berlari, itu adalah tanggungjawab penganjur," katanya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.