'Baki dalam akaun tinggal RM14,000!' - Wang simpanan RM4.3 juta lesap angkara scammer, mangsa saman terhadap pihak bank


Kira-kira 30 tahun lalu, Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta. Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun-tahun. 


Namun pada Mei 2019, Dolly dihubungi oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai polis dan memaklumkan wang di dalam akaun banknya sedang disiasat oleh pihak berkuasa. 


"Dia menasihati saya untuk membuka akaun baru dan memindahkan keseluruhan wang simpanan itu ke akaun tersebut," katanya. 


Bekas guru piano itu berkata, dia mengikuti semua arahan 'pegawai polis' itu dan membuat pemindahakan RM4.3 juta ke dalam akaun baru.


"Kira-kira dua bulan kemudian, seorang rakan memberitahu saya mengenai beberapa kes sindiket penipuan yang berlaku semasa perbualan santai. Saya terus berasa bimbang dan mengambil keputusan untuk pergi ke bank untuk menyemak akaun bank," katanya. 


Alangkah terkejutnya Dolly apabila dia dimaklumkan oleh pihak bank yang wang simpanannya di dalam akaun hanya tinggal RM14,000 sahaja.


"Saya segera mengeluarkan baki RM14,000 itu," kata Dolly yang kemudian terus membuat laporan polis. 


Berdasarkan salinan penyata bank yang diperolehi dari pihak bank menunjukkan, berlaku transaksi pemindahan wang melalui perbankan internet ke 18 akaun indivu dalam tempoh 45 hari. 


"Saya tidak pernah membuka sebarang kemudahan perbankan internet di bawah akaun tersebut. Jadi, bagaimana pihak bank boleh membenarkan transaksi itu berlaku tanpa pengesahan dari saya?" soalnya. 


Menurut penyata bank itu, ada beberapa nama individu yang tidak dikenalinya. Transaksi yang berjumlah RM9,999 dibuat sebanyak 15 kali sehari dan secara keseluruhannya 459 transaksi dari 1 Jun hingga 16 Julai 2019. 


"Saya pesara, wang simpanan itu satu-satunya sumber yang saya ada. Saya tidak mempunyai pendapatan lain untuk bertahan lama," katanya. 


Dolly kini dilaporkan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pihak bank membayar balik jumlah wang simpanannya yang telah lesap itu. Peguamnya, Loo Chay Meng berkata, kes itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan sebutan kes ditetapkan pada 23 dan 24 November depan. 


Sumber: The Star



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.