(Video) Ibu campak 2 anaknya dari jambatan kerana tak puas hati diceraikan bekas suami

Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita mencampak dua anak kecilnya dari jambatan di Sungai Tigris di Baghdad pada malam Sabtu lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 


Perbuatan suspek yang tidak berperikemanusiaan itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran. 


Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Iraq menahan suspek untuk siasatan lanjut. 


Dalam keterangannya, suspek mengaku membuang dua anaknya, Hur Mohammed dan Masuma Mohammed kerana berdendam dengan bekas suaminya selepas diceraikan dua bulan lalu. 



Sementara itu, ahli keluarga mangsa masih berada dalam keadaan terkejut dan tidak menyangka suspek tergamak menganiaya dua anak kandungnya sendiri sehingga mati. 


Menurut datuk mangsa, Abu Tahsin Deraji berkata, suspek telah lama membuat perancangan itu sejak dia diceraikan suaminya. 


Awal Januari 2020, mereka mencekup suspek bersama dengan teman lelakinya lalu dibawa pulang ke rumah ibu bapanya serta memberitahu, "Ini adalah anak perempuan kamu. Kami mahu ceraikan dia di mahkamah". 


Keluarga suspek bersetuju dan kedua-dua belah pihak tidak menghebohkan insiden itu di mana atau pada sesiapa. Apatah lagi menunjukkan gambar kepada sesiapa. 


Pihak berkuasa berjaya mengesan mayat dua beradik itu dan bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian meraung melihat dua mayat anaknya itu. 


Mayat dua beradik itu kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.


Sumber: Gulf News



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.