'Mereka sangat penyabar' - Nia Ramadhani selalu bangun lewat tetapi tetap disayangi mertuanya
Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang mencipta nama menerusi Sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang pernah popular di Malaysia, kebelakangan ini viral di media sosial mengenai beberapa perkara yang melucukan.
Menurut laporan portal hiburan tempatan, Nia tidak lagi berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang merupakan seorang usahawan, Ardi Bakrie.
Difahamkan, Nia menjadi bahan bualan netizen kerana dikatakan tidak mahir melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin 'simple' bagi kebanyakan orang, tetapi bagi diri Nia ia adalah sesuatu yang 'baru'. Apatah lagi sejak mendirikan rumah tangga, Nia langsung tidak membuat kerja rumah kerana sejak dari kecil dia dibesarkan seperti seorang puteri.
7 Julai 2020, pelakon itu dikatakan berjaya memecahkan telur di dalam mangkuk setelah dicabar oleh suaminya. Kejayaannya itu mengundang rasa kagum dan bangga Ardie.
"Dia bisa buka teloorrrr!! Mantapsss" tulis Ardie.
Awal bulan ini pula, Nia sekali lagi mengejutkan netizen apabila dia mengakui yang selama ini dia tidak mengetahui bahawa sayur-sayuran perlu diletakkan di dalam peti ais.
Perkara itu terungkap ketika dia diminta oleh pembantu rumahnya untuk membantu meletakkan sayur-sayuran yang baru di dalam peti ais.
"Memang sayur-sayuran masuk peti ais ya? Saya tak tahu, bukan dibiarkan begitu sahaja?" soalnya.
"Ini untuk sayur, layu kalau dibiarkan begitu sahaja," jawab pembantunya.
Dalam laporan portal Liputan 6 baru-baru ini, Nia memaklumkan dia tidak pernah dimarahi oleh ibu mertuanya walaupun bangun lewat pagi. Nia menjelaskan dia sememangnya mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dari dulu lagi walapun selepas berkahwin.
Sedar perkara itu merupakan tabiat buruk, tetapi ibu mertua katanya langsung tidak memarahi kerana ibu bapa Ardie menerima kekurangan dirinya itu.
"Ayah dan ibu Ardie menerima diri aku seadanya. Mungkin sebab mereka sudah melihat tabiat susah bangun pagi aku ini sukar untuk diubah. Jadi mereka menerimanya dengan berlapang dada.
"Mereka sangat penyabar. Waktu mula-mula kahwin, mungkin mereka tertanya-tanya macam mana ya? Cuma dari awal mereka memang orang baik-baik," katanya.
Sumber: Roti Kaya, Liputan 6
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment