(Video) 'Bayar kereta boleh, kenapa tak boleh bayar tol?!!' - Pemandu Myvi ini dimaki sebab cucuk rapat kereta depan, elak bayar tol



Peraturan lebuhraya menetapkan, barang sesiapa yang mahu menggunakan lebuhraya tersebut haruslah membuat pembayaran tol. Namun begitu, ada segelintir pengguna lebuihraya yang kedekut dan sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. 


Bagi mengelak dari membuat pembayaran, golongan ini sanggup mengekori rapat kenderaan di hadapan agar dapat melepasi tol secara percuma. 


Bagi yang pernah terkena, mungkin hanya sekadar membiarkan atau sekadar menyumpah seranah dalam kereta. Tetapi tidak bagi lelaki ini di mana dia sanggup berhenti dan memarahi perbuatan tidak bertangungjawab pemandu kenderaan terbabit. 


Viral di media sosial video seorang lelaki memarahi pemandu kereta jenis Perodua Myvi nombor pendaftaran BKT 404 yang didakwanya mengekorinya dengan rapat bagi tujuan mengelakkan pembayaran tol. 


Tidak diketahui lokasi kejadian itu berlaku, tetapi dipercayai pemandu Myvi itu cuba melakukan perbuatan yang sama terhadap perakam buat kali kedua. Tetapi kali ini dia tidak melepaskan si polan itu. 


"Kau cucuk aku tadi eh?! Datang! Datang! Datang!" kata perakam, tetapi pemandu Myvi itu seperti terkedu kerana takut menyebabkan lelaki itu pergi mendekati kereta tersebut. 


"Hey! Lain kali kau beli kereta ha, (beli Touch n Go sekali). Hey! Kau bayar kereta boleh, kenapa tak boleh bayar tol?! Kenapa tak boleh bayar tol?! 


"Ini nombor eh, biar satu Malaysia tahu! Puti ama punya budak! Orang lain kau boleh ikut (cucuk rapat) belakang eh, dengan aku jangan eh! Ingat eh! 


"Tunjuk muka sikit!! Tunjuk muka sikittttttttt!!!" teriak lelaki itu dengan penuh rasa geram. Tetapi pemandu Myvi itu enggan berbuat demikian. 



JABATAN FORENSIK NETIZEN MULA JALANKAN SIASATAN


Di media sosial, netizen mula mengali maklumat mengenai kenderaan itu memandangkan nombor pendaftarannya sudah terpampang dengan jelas. 


Berdasarkan pemeriksaan, kenderaan itu mempunyai 11 saman kesalahan trafik yang berjumlah sebanyak RM2,250 yang masih belum dibayar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). 




Myvi yang sama juga pernah dikesan melakukan kesalahan yang sama pada 29 Mei lalu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Bukit Raja - Jalan Duta. 


"Selamber cucuk orang tak bayar tol. Kalau dari Duta dia masuk ni, jimat RM3.77," tweet mangsa. 



Bagi pengguna lebuhraya yang pernah mengalami insiden seperti ini adalah dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa PDRM atau Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk tindakan lanjut.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.