Langgar perintah kuarantin wajib, tiada tindakan dikenakan terhadap Khairuddin - Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini membuat keputusan tiada tindakan yang akan dikenakan terhadap seorang menteri yang didapati melanggar arahan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara. 


Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini telah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidak akan dikenakan sebarang tindakan. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada peguam negara dan arahan adalah untuk tiada tindakan lanjut (NFA). 


"Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini, no futher action (NFA) atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14 B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin. 


"Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini, Rabu (21/10/2020). 


6 Oktober lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam siaran langsung Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 pada Selasa (6 Oktober 2020) berkata, kerajaan tidak ada double standard dalam perlaksanaan arahan kuarantin kepada rakyat di negara ini, tanpa mengira pangkat dan darjat. 


Isnin (19 Oktober 2020), seorang juruteknik swasta dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah di atas kesalahan melanggar perintah arahan kuarantin. 


Bapa kepada dua anak berusia 11 bulan dan lima tahun itu didakwa melanggar arahan kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari Kota Kinabalu, Sabah, 29 September lalu.


BACA: Langgar arahan kuarantin wajib 14 hari, juruteknik dipenjara 14 hari & denda RM1,000



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.