'Dah puas guna, dibuangnya merata' - Pekerja pembersihan terjumpa 'mayat', rupanya patung lilin
Penemuan bungkusan seperti mayat manusia di belakang kedai motosikal di Seksyen 27 Shah Alam pada petang semalam, mendorong pekerja pembersihan menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bungkusan tersebut ditemui pada jam tiga petang semalam dan pihaknya mengerahkan anggotanya bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pergi ke lokasi.
Pemeriksaan mendapati, bungkusan tersebut bukan berisi mayat manusia. Sebalik patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik.
Memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah dalam kes itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai No Offence Disclosed (NOD).
Sebelum itu, gambar penemuan bungkusan tersebut tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Baharudin menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar-gambar tersebut.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment