(Video) 'Try hard nak tiru cerita barat, buat malu frontliners je' - Lakon babak sensitif, drama lokal dikecam teruk oleh netizen


Gara-gara melakonkan babak yang dianggap sensitif, pelakon Shah Iskandar dan Siti Saleha dikecam netizen kerana adegan tersebut tidak bertentangan dengan budaya di negara ini. 


Difahamkan, Siti Saleha dan Shah Iskandar berlakon dalam drama bersiri 'Love In Lockdown'. Dalam babak 'panas' itu, watak Dr Suzanna yang dilakonkan oleh Siti Saleha dikatakan sudah 42 hari tidak berjumpa dengan suaminya, Nizam (Shah Iskandar). 


Di kesempatan bertemu itu, Dr Suzanna memeluk suaminya. Apabila ditanya sama ada mereka dapat keluar makan bersama, wajah Dr Suzanna terus berubah dan menjelaskan dia hanya mempunyai masa rehat sejam. 


Nizam kemudian bertanya apa yang mereka boleh lakukan dalam tempoh tersebut sebelum babak bertukar ke dalam kereta yang menunjukkan pasangan itu berada di bahagian tempat duduk belakang kereta, sedang memperbetulkan pakaian masing-masing seperti baru sahaja selesai melakukan hubungan intim.



Kurang senang dengan babak itu, netizen mula menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendakwa babak itu mahu meniru budaya barat. Malah ada yang menganggap drama tersebut sebagai cerita sampah. 


"Try hard nak tiru cerita barat. Come' on la, buat malu frontliners je cerita macam ni," kata Pendeta. 


"Tak faham betul aku. Movie Ku Kira Kau Rumah itu sibuk cut scene. Ni cerita sampah macam ni siap tayang scene butang seluar tak apa pula eh?" kata Jasmine. 


Menyedari babak itu dikecam teruk, Shah Iskandar tampil memberi penjelasan dan menafikan dakwaan netizen kononnya babak itu berunsurkan 'soft porn'. 


"Itu sekadar simbolik untuk menjelaskan jalan cerita mengenai kehidupan sebenar yang terkesan akibat lockdown. Saya faham persepsi masyarkat kita ada pelbagai. Kadang-kadang penonton akan cepat tersinggung dengan benda yang melawan hukum hakam.


"Untuk lakonan dalam drama ini, kita menjayakan jalan cerita mengikut skrip yang mana, dijelaskan, sesuatu karekter itu perlu mengikut kisahnya. Jadi, kami sekadar menggambarkannya dalam bentuk simbolik dan bukanlah buat betul-betul. Ia menjelaskan kehidupan manusia yang terkesan akibat lockdown. 


"Kalau tak ada babak itu, tak ada masalah. Cuma, jalan cerita akan jadi tak lengkap. Kalau kita nak ceritakan apa yang berlaku dalam babak itu, ia takkan jelas buat penonton," katanya. 


Sumber: Twitter Dauspozi, Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.