Remaja perempuan nekad bunuh nenek untuk curi duit dalam akaun bank RM13,000


Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun dibunuh oleh cucu perempuannya di daerah Muang, Thailand, Ahad lalu. 


Pesuruhjaya Polis Wilayah 7, Leftenan Jeneral Thanayut Wutcharasthamrong berkata, suspek remaja perempuan berusia 17 tahun dan teman lelakinya, Pathiphon Chantharamonthon, 23, mengaku membunuh mangsa, Somsri Mamkrathok, 62, sebelum membuang mayatnya di Suphan Buri. 


Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang melarikan diri berjaya ditahan pada tengah hari Selasa lalu di daerah Tak Mae Sot. 


Suspek yang dijaga oleh Somsri sejak kecil, merancang melakukan pembunuhan itu selepas mengetahui mangsa mempunyai wang simpanan sebanyak 100,000 baht atau RM13,000 dalam akaun bank. Wang simpanan itu merupakan pinjaman peribadi yang dibuat oleh suami mangsa, yang diberi kepada Somsri untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka. 


Sedar perbuatannya terbongkar, suspek terus menghilangkan diri. Tetapi polis berjaya mengesan kedudukan suspek melalui telefon bimbitnya dan mendapati dia melarikan diri ke daerah Mae Sot. 


Dalam keterangannya, suspek memberitahu dia bertengkar dengan mangsa sebelum mencekik neneknya menggunakan tali. Suspek kemudian menghubungi teman lelakinya untuk membantu dan berjanji akan membayar 30,000 baht (RM3,905) sebagai balasan.


Pathiphon kemudian datang membawa lori 'pickup' ke lokasi untuk membantu suspek membuang mayat mangsa yang diletakkan dalam tong dan dihumban ke tepi jalan KM340 laluan Suphan Buri dan Chai Nat. Lori itu turut ditinggalkan di lokasi dan suspek pulang menggunakan pengangkutan awam. 


Pasangan itu didakwa bersubahat melakukan pembunuhan terancang dan membuang mayat mangsa untuk menghapuskan bukti. 


Sumber: Bangkok Post



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.