Ini barulah 'Anak Jantan' - Netizen puji KJ menghadap Sultan Johor


JOHOR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin mengejutkan orang ramai apabila tampil berani menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam, selepas dicabar untuk berlawan dengan Pasukan Polo Johor. 

Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Khairy Jamaludin di Istana Bukit Pelangi petang semalam. Gambar pertemuan mereka juga dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers. 

Gambar-gambar yang dimuat naik menunjukkan mereka berbincang, tetapi tiada sebarang penerangan mengenai intipati pertemuan itu. 





Selepas pertemuan itu, Khairy meminta orang ramai berhati-hati apabila melontarkan pandangan di media sosial dan jangan cuba melagakan dirinya dengan keluarga Di Raja Johor. 

"Harap tiada lagi pihak yang cuba melagakan saya dan keluarga Di Raja Johor. Please be respectful in your comments on social media," tweet Khairy. 


Tindakan KJ menghadap keluarga Di Raja Johor itu menerima pelbagai reaksi netizen yang memuji beliau sememangnya 'anak jantan', kerana berani menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk berdamai. 

Khamis lalu, Facebook Johor Southern Tigers memuat naik kenyataan Sultan Johor yang mencabar Khairy dan Pasukan Polo Sukan SEA Malaysia berlawan dengan Pasukan Polo Johor. Malah kenyataan itu juga menjemput rakyat jelata datang menyaksi perlawanan itu jika Khairy berani menerima cabaran itu. 

Namun di media sosial, netizen tidak berkenan dengan apa yang berlaku dan meminta kedua-dua pihak menyelesaikan masalah yang timbul secara matang dan profesional. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.