Jangan pukul anak yang lembab, lambat, nanti kita menyesal
Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang suka marah anak bila mereka lambat melakukan sesuatu. Akibatnya, anak-anak dilempar dengan kata-kata negatif dan tanpa sedar kata-kata itu boleh menjejaskan perkembangan mereka.
Menurut Puan Nurul Ilyani, kekerapan ibu bapa berbuat demikian akan menjadikan anak kecil itu hilang keyakinan diri, sukar menguasai pembelajaran yang kemudian menyebabkan anak-anak ketinggalkan. Mahukah ibu bapa anak-anak terus menjadi lembab, degil, lambat bagi untuk jangka masa yang lama?
SEMASA talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak. Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, semasa dia nak pergi mandi. Sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu. Kemudian semasa dia nak mencari baju, dia teringat bahawa dia belum cerita pada mama ada kucing beranak dalam bilik. Lalu dia pergi berjumpa dengan mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat. Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun. Kasihanilah anak begini. Dia perlukan bantuan, bukan kritikan, bukan bebelan, bukan herdikan dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani. Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui, saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya kerana lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh. Jiwa kecilnya makin sedih, makin rendah diri, makin kurang percayakan diri. Akibatnya, dia boleh menjadi cepat berputus asa. Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
- Dia mungkin cepat putus asa.
- Dia tak berani cuba perkara baru.
- Dia lebih moody.
- Dia boleh mudah stress.
- Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita? Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab, bodoh, lambat, degil, buas bagai, tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami, Ummu Ilham dan Abu Ilham, dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Sumber: Nurul Ilyani
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment