'Saya jerut dia sampai lemas' - Enggan bertanggungjawab, lelaki bunuh teman wanita hamil 6 bulan


PEKAN BARU, INDONESIA - Seorang wanita berusia 21 tahun yang hamil ditemui mati dan sebahagian tubuh badannya terbakar, di pinggir hutan, pada Rabu, 16 Ogos, lapor Tribun Pekan Baru. 

Kurang dari 24 jam selepas mayat ditemui, Khamis, 17 Ogos, polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan teman lelaki mangsa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut. 

Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbakar separuh badan di mana wajahnya sudah rentung sehingga sukar untuk dikenal pasti. Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia kira-kira tiga atau empat jam sebelum mayatnya ditemui. 


Laporan bedah siasat mendapati, mangsa sedang hamil dan kandungannya berusia 22 atau 23 minggu (hampir enam bulan) dan jantina janinnya adalah lelaki dengan berat 250 gram. 

Siasatan awal polis berjaya membuat suspek yang dikenali sebagai SU, mengaku melaku pembunuh sebelum membakar mangsa, 

Dalam keterangannya, SU mengaku mereka sempat 'bermesraan'. Selepas itu, Ema mendedahkan dirinya telah hamil dan meminta agar SU bertanggungjawab ke atas dia dan bayinya itu kelak. Malangnya, SU tidak dapat menerima perkhabaran itu menyebabkan pasangan itu bertengkar. 

Gagal mengawal kemarahan, SU kemudian bertindak menjerut leher mangsa dengan tudungnya. 



"Pada waktu itu, dia meronta dan melawan. Saya terus menjerut lehernya dengan tudung sehingga dia lemas, tidak bergerak lagi dan saya letakkan di tanah," katanya. 

Setelah memastikan Ema sudah tidak lagi bernyawa, SU kemudian bertindak membakar mayat mangsa agar perbuatannya tidak diketahui orang. 

"Saya letak tudung dan beberapa pakaiannya yang dibawa di bahagian muka, lalu dicurahkan dengan styrofoam yang ditemui berhampiran tempat itu, dan bakar," katanya. 

Bagaimanapun, SU mengaku bahawa dia menyesal kerana membunuh Ema. Malah dia memohon maaf kepada keluarga Ema di atas perbuatannya itu. 

"Kepada keluarga Ema, saya minta maaf. Saya salah" katanya. 


Sementara itu, bapa mangsa, Dasril, sedih dengan kejadian kejam yang anaknya itu dan menggelar SU sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut Dasril, sebelum kejadian itu berlaku, dia ada pergi ke rumah lelaki itu untuk bertanya di mana anak perempuannya berada. 

"Saya tahu SU adalah kawan rapat Ema. Jadi apabila Ema masih belum pulang ke rumah, saya terus pergi ke rumah SU dan tanya di mana anak saya berada. Namun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu dan berkemungkinan Ema keluar bersama rakannya yang lain. 

"SU juga menyatakan dia telah menghantar Ema pulang ke rumah, tetapi ditinggalkan di persimpangan berdekatan dengan rumah," katanya. 

Namun, Dasril terkejut dan tidak menyangka apabila penemuan mayat seorang wanita yang separuh badan terbakar sehingga menggemparkan penduduk sekitar petang semalam itu adalah anak perempuannya, berdasarkan kasut yang masih dipakai di kaki kiri mangsa. 




Polis sehingga kini masih mencari beg tangan milik mangsa yang hilang, dipercayai telah dibuang oleh suspek selepas kejadian itu berlaku. 

"Kami sudah cuba mencari tetapi gagal menemui beg tangan mangsa. Tetapi kita akan teruskan mencari," kata jurucakap polis.

Menurutnya, suspek kini sedang disiasat dan bakal didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh dan cubaan menghapuskan mayat. Suspek juga berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.