'Ini report saya, siapa berani cabar saya, jumpa di mahkamah k' - Ramadhan Sinclair
SEPANG, SELANGOR - Susulan viral gambar dan video tiga lelaki yang didakwa membuat onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun, salah seorang dari mereka tampil menafikan dakwaan itu sebaik saja tiba di KLIA 2, malam tadi.
Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis KLIA 2, Ramadhan Sinclair, 18, warganegara Thailand, mengatakan kejadian itu berlaku pada 16 Ogos jam 9.30 malam di Osaka, Jepun, di Hotel Vitti Lodge.
"Telah berlaku pertengkaran di mana saya telah bergaduh dengan salah seorang staff di hotel tersebut yang merupakan seorang warganegara Malaysia, bernama Qaiyum.
"Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati di mana staff hotel tersebut telah memperlekehkan saya dan telah mengarahkan saya seperti budak-budak.
"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaiki semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun,
"Saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan di dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram serta e-mel saya. Saya berasa tertekan dan takut," katanya dalam laporan tersebut yang diturut digunakan untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Dalam kenyataan Ramadhan di Facebook juga menafikan najis yang dibuang dalam lubang bilik mandi itu bukan miliknya.
"Ada ujian klinikal ke? DNA test? Apesal engkorang cakap taik ni taik aku? Siapa yang sahkan?" katanya.
Ramadhan yang bekerja sebagai jurufoto itu juga menyatakan pihak hotel tidak menceritakan perkara sebenar menyebabkan dia dan dua rakannya menjadi mangsa viral.
Bagaimanapun sehingga kini, Ramadhan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu di Facebooknya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment