'Kerana kau, mak bapak aku nak bercerai!' - Anak belasah kekasih gelap bapanya


CHINA - Anak mana yang tak sayang hubungan keluarganya? Pastinya pedih dan sedih apabila melihat ibu bapa tidak sefahaman atau bertengkar dan dalam masa yang sama anak-anak tidak dapat memujuk kedua-duanya untuk segera berdamai. 

Seorang lelaki dari Henan, bertindak membelasah kekasih gelap bapanya di tengah jalan raya yang sibuk sambil diperhatikan oleh orang awam yang melalui jalan itu, lapor Shanghaiist. 

Video kejadian itu kemudian viral di media sosial, menunjukkan lelaki terbabit menarik rambut dan mengheret wanita yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ke tengah jalan sebelum membelasahnya. 



Wanita terbabit diumbuk di bahagian perut, kepalanya ditampar dan ayat-ayat caci maki dilemparkan terhadapnya oleh anak teman lelakinya. 

Lelaki berkenaan kemudian mengheret wanita itu kembali ke tepi jalan dan terus membelasahnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. 

Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang hanya melihat sahaja tanpa tampil menghalang lelaki itu tau membantu wanita itu. 


Menurut saksi kejadian, lelaki berkenaan membelasah kekasih gelap ayahnya, serta menyalahkan kehadiran wanita itulah yang menyebabkan ibu bapanya kini mahu bercerai. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang didedahkan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengenal pasti motif lelaki berkenaan.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.