2 penumpang maut akibat pemandu terlelap & langgar belakang lori


Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terbabit dalam kemalangan di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road, Lipis, pagi tadi menyebabkan dua lelaki maut. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.45 pagi dan mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohd Shaiful ABdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32. 

Ketika itu, mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Nukman Salleh, 39, dalam perjalanan ke destinasi. 

Apabila tiba di tempat kejadian, Nukman dipercayai terlelap lalu merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan pakaian terpakai di lorong kecemasan. 

Mohd Shaiful yang duduk di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang berada di tempat duduk belakang maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan. 



Katanya, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta sedan itu juga tidak mengalami kecederaan. 

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum jenazah mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian. 

Siasatan polis juga mendapati, keadaan pemukaan jalan pada waktu kejadian juga licin berikutan selepas hujan dan keadaan berkabus. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.