(Video) '2 kali kepala melantun kat lantai, padan muka kau!' - Netizen puas hati tengok mangsa belasah pembulinya
Viral di media sosial video menunjukkan seorang pelajar lelaki dipukul oleh sekumpulan pembuli yang juga rakan sekelasnya.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi semalam di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh.
Mangsa berusia 14 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli dan kerap disuruh menyiapkan kerja-kerja sekolah rakan sekelasnya.
Namun keengganannya berbuat demikian menyebabkan dia dipukul beberapa kali termasuk mukanya disepak.
"Mangsa dipukul oleh sekumpulan rakan sekelas yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah pada musim cuti persekolahan yang akan bermula esok.
"Mangsa yang enggan berbuat demikian menyebabkan kumpulan itu bertindak memukulnya dengan tangan dan kaki. Bagaimanapun mangsa bertindak membalas semula pukulan itu," katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa, dia sudah kerap dibuli oleh suspek yang meminta dia menyiapkan kerja sekolah mereka dan kali ini dia sudah tidak tahan menyebabkan dia bertindak membalas pukulan itu.
"Yelah, sudah masuk musim cuti sekolah, suruh buat kerja sekolah apa lagi."
Tahukah kome. Buat adik adik yang kena buli diluar sana. Contohi adik ni, jangan risau pembuli selalunya tak kuat.— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) November 20, 2019
Sedap tengok budak ni kena pijak. pic.twitter.com/uI5v78elkP
Ekoran kejadian itu, seramai 10 pelajar berusia 13 dan 14 tahun diambil keterangan untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun keseksaan kerana merusuh, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber: Sinar Harian
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment