Mulai 2020, Finas tak benarkan pelakon muda disolek jadi tua bagi jaga hak artis veteran


Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa, mulai Januari 2020, semua stesen penyiaran tidak akan membenarkan pelakon muda disolek sebagai watak orang tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka. 

Syarat baru itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Kenyatan yang dikeluarkan oleh Hans Isaac itu diterima baik oleh segelintir netizen yang menganggap kadangkala pelakon yang disolek dengan wajah tua kelihatan pelik dan hampir sebaya dengan watak anak. 

Selain itu juga, mereka menyambut baik usaha tersebut dengan menaikkan kembali populariti artis veteran.


Namun begitu, isu ini juga tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak. Melalui Twitter Jimiecheng, dia mengatakan industri sekarang tidak lagi seperti dulu. Jika disebut sebagai menjaga ‘periuk nasi’ dia juga mempersoalkan bagaimana sekiranya dia menyatakan Hans Isaac juga tidak boleh memegang sebagai watak seorang Muslim.

"I read some are agreeable to this move and I understand where it's coming from (good place, I guess). But the world doesn't work that way, what more acting. Slippery slope argument: What if I say Hans Isaac cannot play a Muslim character to protect Muslim actors 'periuk nasi'?"

Tambahnya lagi, jika menonton drama Melayu, pelakon muda jarang memegang watak berusia. Malah, dia juga menyedari pelakon veteran kerap muncul dalam kebanyakan drama.

"And if you do watch Malay dramas, there are not too many "old roles" filled by young actors. In fact, I noticed that the same veteran actors are often appearing in multiple dramas because there's so few of them."

Dia juga memberikan cadangan supaya penganjuran acara seperti Festival Filem Malaysia perlu menjemput pemenang filem dari negara serantau dan penonton perlu belajar sesuatu tentang filem yang ditunjukkan dari mereka. Malah, secara tidak langsung dapat membuka peluang pembikin dari luar untuk datang dan menawarkan sesuatu yang menarik.

"Now, this has entered "palatao" territory but I'll say it anyway: FINAS is a govt body created to uplift, nurture and facilitate film industry. If I may suggest, they should start by organizing at least a regional-level quality Malaysian Film Festival in 2020. 

"A proper festival where Malaysian movies fill up local cinemas and TV for a few weeks in the run-up to the award ceremony. Where we invite award winning films from the region to be shown for our locals to learn film appreciation. We get internatiol buyers to come and see our offerings."


Michael Ang juga antara selebriti dan pengarah drama tidak bersetuju dengan pengumuman Finas itu kerana menganggap perkara seperti itu tidak masuk akal.

"Katakan watak itu  berusia 25-60 tahun, bila wataknya umur 40 tahun lebih, mesti kena make-up kan untuk nampak tua, takkan nak pakai pelakon lain. Tak masuk akal kan?"

Dia juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan pelakon veteran tiada kerja sedangkan melalui drama yang diarahkannya, ramai pelakon veteran yang masih  berlakon. Sebaiknya, ujar Michael Ang melaui IGTV video di Instagram, pelakon veteran ini diberikan keutamaan.

“Banyak je pelakon veteran yang selalu kerja. Tapi faktor kekangan bajet, takde kerja.”



Salam semua. Alang2 tu kenapa tak nak buat rule PELAKON KAYU DILARANG KELUAR TV. PELAKON CANTIK N HANDSOME TAK BOLEH BAWAK WATAK BURUK ATAU OKU! PELAKON 25 TAHUN KEATAS TAK BOLEH MAIN WATAK BUDAK SEKOLAH! Tak rasa ke rule ni mcm control Se seorang pelakon tu punya kebolehan ke? Katakan watak cerita tu kisah seorang perempuan dari umur 28- 60 tahun so waktu 28- 40 pakai pelakon muda bila kisah dia 41-60 pakai pelakon lain? Like seriously la. Apooooooo! BY THE WAY AS A PRODUCER N DIRECTOR I HAVE ALWAYS BAGI RUANG UNTUK PELAKON VETERAN TAPI BILA ADA RULE MCM NI IT IS SO MEMBATASKAN KITA. THIS IS NOT A GOOD WAY TO ADDRESS THE PROBLEM DAH MCM BUKAK PERUIK NASI ORG TAPI TUTUP PERIUK NASI ORG LAIN! This is not a win win situation! Pikir2 kan la! Luv u all n hanya PENDAPAT I SAJA JGN KENA BAN SUDAH!
A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.