Jangan sangka semua produk homemade itu selamat yang kebanyakan bahannya dari supplier luar
Produk-produk kosmetik tempatan kini semakin laris di pasaran. Masyarakat berpusu-pusu mendapatkan produk-produk ini tanpa mengira soal harga dan kesan jangka panjang. Jelas sekali, motifnya adalah untuk mendapatkan kesan yang terbaik dalam masa yang singkat.
Seperti perkongsian wanita ini pula, dia menasihati pengguna supaya berhati-hati dengan produk yang dikatakan sebagai produk home made. Apabila disebut home made, sudah pasti pengguna dengan yakin mempercayai produk ini selamat. Tetapi, pendedahan wanita ini, tidak kesemuanya produk home made itu selamat.
JANGAN disangka apa yang anda pakai di muka dan badan itu home made, anda assume ianya selamat. Sebab kebanyakan produk home made juga mereka mendapat bahan dari supplier luar yang tak jelas asal usul, hanya pilih dan beli bahan yang dah ready tanpa melalui pelbagai ujian merkuri dan labtest peringkat tinggi dan professional!!
Bukan menjatuhkan, bukan menakutkan. Malaysia sekarang adalan negara nombor satu produk rebranding dan fake selepas Thailand, Filiphina, Vietnam dan Indonesia.
Produk baru berasaskan skincare ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Batch pertama dan kedua je yang ok. Seterusnya out! Jangan gadaikan diri dengan risiko asbab nak cantik semata. Lebih baik jaga keselamatan diri dan kesihatan lebih dari sekadar cantik.
Pilihan di tangan anda sendiri! Pilih produk yang dah bertapak kukuh. Memilik jutaan testimoni dan bahan serta penghasilan yang diiktiraf dunia. Kalau betul anda pentingkan kualiti dan kesan yang baik.
Sumber: MarieMar Amaryllis
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment