'Jika mama ada di sisimu, pasti dia juga bangga' - Murid menangis kongsi result cemerlang UPSR di pusara ibunya
Tidak kira apa jua kejayaan yang kita miliki, sudah pasti kita ingin berkongsi kejayaan itu dengan orang yang tersayang. Walaupun hanya sedikit kejayaan yang diraih, namun terasa puas apabila dapat meraikan sebagai satu kenangan. Tetapi, kejayaan itu terasa kosong bila orang yang tersayang telah tiada.
Keputusan UPSR yang diumumkan semalam menyaksikan air mata kegembiraan para pelajar menerima keputusan masing-masing. Di sebalik kegembiraan itu juga, ada pelajar yang menangis kerana tidak dapat meraikan dengan ibu yang tersayang. Catatan yang ditulis oleh seorang nenek ini meruntun hati netizen.
"Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang di sisi opah. Perjalananmu masih jauh. Jika mama ada di sisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu."
Puan Aishah memuji cucunya yang mesra dipanggil Ila itu kerana tabah menerima dugaan. Dia juga mendoakan kejayaan cucunya satu hari nanti.
"Teruskan perjuanganmu. Engkau anak yang baik dan tabah menerima dugaan. Opah yakin Ila akan berjaya satu hari nanti."
Beberapa keping gambar juga dimuat naik di tanah perkuburan. Kelihatan Ila memegang kubur ibunya. Di tangannya juga, satu sampul surat yang mengandungi keputusan peperiksaan. Ila dilihat tidak dapat menahan sebak dengan situasi tersebut.
Sumber: Aishah Mat Akat
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment