2 perokok ditahan selepas pukul individu yang mahu laporkan perbuatan mereka merokok di restoran
Dua minggu lalu, dua lelaki berusia pertengahan tahu dari Kajang, Selangor ditahan selepas mereka didapati merokok di premis zon larangan merokok pada jam 8 pagi.
Perbuatan dua lelaki itu disedari oleh Zhang, 35, yang sedang makan di restoran itu bersama dengan keluarganya.
Ada orang awam cuba menasihati perbuatan dua lelaki terbabit agar tidak merokok di premis itu berikutan kerajaan juga telah mengenakan larangan perokok merokok di premis makanan dan boleh dikenakan denda RM10,000 jika didapati berbuat demikian.
Namun, dua lelaki itu yang masing-masing berusia 39 dan 43 tahun tidak mengendahkan nasihat itu dan teruskan merokok.
Isteri Zhang kemudian mengambil gambar mereka dan terus membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berang gambar dirakam, dua lelaki itu mengugut mahu mengancam keselamatan Zhang dan keluarga.
"Keluarlah! Kita gaduh kat luar!" kata suspek selepas menampar Zhang di depan isteri dan anak perempuannya berusia 3 tahun. Akibatnya, mangsa mengalami lebam di muka dan bibirnya pecah.
Mujur ada pelanggan lain yang berjaya menghalang dua suspek itu dari terus bertindak ganas. Zhang dan keluarganya meninggalkan restoran itu, sementara dua suspek terbabit masih berada di restoran tersebut.
Susulan kejadian itu, Zhang berharap pihak KKM meneliti aduan selain memastikan keselamatan orang awam yang membuat aduan terhadap perokok yang melakukan kesalahan itu bagi mengelakkan kejadian yang menimpanya berlaku pada orang lain.
Polis juga telah menahan dua suspek terbabit dan dikenakan denda RM10,000 di bawah Artikel 232 dan 506 Kanun Jenayah.
Sumber: China Press, World of Buzz
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment